83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 April 2017                       Analisis Harian

 

Suasana berjaga-jaga sebelum pilihan raya Perancis.

 

Dolar A.S. telah diperangkap di dalam julat dagangan yang lebih ketat pada hari Khamis ini sambil berlegar berdekatan dengan paras rendah sebelumnya selepas para pelabur bereaksi dengan cemas sambil menanti pusingan pertama pilihan raya di Perancis pada hari Ahad nanti. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.1% ke 99.78 semasa penulisan. Di samping itu, euro telah didagang dengan tidak berubah dan disebut niaga berdekatan dengan $1.0714. Calon Centrist Emmanuel Macron kini menerajui calon lain di dalam tinjauan pendapat, namun keputusan pada hari Ahad nanti dijangka untuk bertambah sengit. Berjuta-juta pengundi di Perancis masih belum membuat keputusan mereka dan ini telah menjadikan pilihan raya tahun ini lebih sukar untuk diramal. Ketidakpastian sebegini akan menimbulkan kebimbangan yang lebih tinggi di kalangan para pelabur dan keputusan yang mengejutkan berpotensi untuk mengakibatkan pergerakan yang besar pada pasaran kewangan. Selain itu, pound sterling telah didagang dengan stabil di $1.2485 selepas ia menyentu paras tinggi enam bulan selepas Perdana Menteri British Theresa May menyeru untuk pilihan raya yang lebih awal sebelum rundingan Brexit dimulakan.

 

Melihat kepada pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun kembali semasa sesi perdagangan Asia selepas ia menjunam dengan data inventori yang kurang memuaskan. Harga minyak melambung sebanyak 0.59% ke $51.15 selepas para pelabur mengambil kesempatan untuk membelinya pada harga rendah. Pada masa yang sama, harga emas telah menurun sebanyak 0.10% ke $1280.17 namun masih kekal disokong menjelang pilihan raya di Perancis.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:30                       GBP                     BoE Gov Carney Speaks

00:30                       GBP                     BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD – CPI (QoQ) (Q1) 0.4% 0.8% 1.0%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 234K 242K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) 32.8 25.0

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GPBUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2860 sambil menutup niaganya di bawah garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana petunjuk MACD histogram memaparkan isyarat dan momentum menurun yang sederhana, GBPUSD dicadangkan untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1.2750.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2860

Tahap sokongan: 1.2750, 1.2700

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0700. Walaubagaimanapun, oleh kerana kedua-dua garisan isyarat menaik meneruskan penyempitan dan menuju ke arah sisi dan ditambah pula dengan momentum menaik yang makin menyusut, EURUSD berkemungkinan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menaik selanjutnya oleh kerana kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan silang emas.

 

Tahap rintangan: 1.0735, 1.0775

Tahap sokongan: 1.0700, 1.0650

 

 

USDJPY


USDJPY, H1:
USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga meningkat selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.70. Ia dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek di dalam segi tiga tersebut ke sasaran tahap rintangan di 109.20.

 

Tahap rintangan: 109.20, 109.40

Tahap sokongan: 108.95, 108.70


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia menjunam melepasi dua tahap sokongan. Namun, lantunan baru-baru ini mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menurun selanjutnya oleh kerana kedua-dua garisan MA masih menyempit dan menuju ke bawah.

 

Tahap rintangan: 51.20, 52.15

Tahap sokongan: 50.40, 49.60

 

 

GOLD


GOLD_, H1:
Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana kedua-dua garisan moving average masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah, harga emas dijangka untuk didagang dengan lebih rendah di dalam saluran tersebut ke sasaran tahap sokongan 1277.20.

 

Tahap rintangan: 1281.25, 1285.85

Tahap sokongan: 1277.20, 1271.70