83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Mei 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar kekal positif di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan.

Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan lebih tinggi sebanyak 0.04% ke 97.80 di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan. Perkembangan perang perdagangan terkini telah mengakibatkan pembalasan tarif oleh China ke atas $60 bilion barangan AS yang akan berkesan pada 1hb Jun. Walaupun Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa perjanjian masih boleh dicapai, namun para pelabur bimbang bahawa China tidak akan bertolak ansur dengan permintaan AS untuk mendapat manfaat yang lebih dari perjanjian tersebut. Laporan terkini juga menunjukkan ketidakinginan Presiden China Xi Jinping untuk bertemu dengan Trump bagi melanjutkan perundingan perdagangan semasa sidang kemuncak G20 di Jepun pada bulan depan. Tarif yang dikenakan ke atas barangan China kini telah memberi manfaat kepada AS serta menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran dolar. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menaik sebanyak 0.14% ke 1.2733 semasa penulisan. Pound kekal ditekan oleh kebuntuan Brexit yang diakibatkan oleh kegagalan perundingan di antara parti Konservatif dan parti pembangkang. Tambahan pula, laporan terkini juga menunjukkan bahawa draf Brexit Perdana Menteri Theresa May tidak mempunyai perubahan yang penting berbanding dengan draf sebelumnya juga memberi tekanan ke atas mata wang pound. Untuk setakat ini, pelan Brexit May akan diundikan buat kali ke-4 semasa 3hb Jun sementara beliau berusaha untuk memujuk ahli Parlimen UK bagi meluluskan drafnya.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.15% ke $63.58 setong selepas OPEC mengisyaratkan penerusan pemotongan bekalan. Laporan terkini dari Arab Saudi menyatakan bahawa OPEC akan meneruskan pelan pemotongan bekalan mereka secara ‘beransur-ansuran’ sementara kekal responsif terhadap permintaan minyak di dalam pasaran. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.16% ke $1275.70 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    Kanada                  Victoria Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.60. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.50

Tahap sokongan: 97.60, 97.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2720. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2795.

 

Tahap rintangan: 1.2795, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2720, 1.2620

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1180. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1215

Tahap sokongan: 1.1145, 1.1115

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 110.35. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 109.70.

 

Tahap rintangan: 110.35, 110.90

Tahap sokongan: 109.70, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6910. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6965.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.6995

Tahap sokongan: 0.6910, 0.6855

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6515. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6580, 0.6645

Tahap sokongan: 0.6515, 0.6460

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3405. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3475, 1.3520

Tahap sokongan: 1.3415, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.0125. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0125, 1.0160
Tahap sokongan: 1.0045, 1.0005

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 62.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 64.55.

 

Tahap rintangan: 64.55, 66.30

Tahap sokongan: 62.80, 61.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1279.10. MACD yang menunjukkan isyarat bearish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1269.40.

 

Tahap rintangan: 1279.10, 1289.40

Tahap sokongan: 1269.40, 1263.45