20 Jun 2017 Analisis Harian
Kenyataan agresif merangsang dolar A.S.
Dolar A.S. cecah paras tertinggi di dalam masa tiga minggu apabila dibandingkan dengan Yen Jepun pada hari Selasa selepas ahli Bank Pusat A.S. memberikan pengaruh positif pasaran dan menyokong jangkaan bagi bank pusat tersebut untuk mengekalkan pandangan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansuran. Pasangan USD/JPY menokok sebanyak 0.11% ke 111.65 manakala indeks dolar didagang stabil pada 97.15. Sentimen yang mengelilingi dolar telah disegarkan semula selepas Presiden Bank Pusat New York William Dudley mengulas bahawa pengetatan di dalam pasaran buruh akan menyokong kadar inflasi. Ini telah menurunkan kebimbangan para pelabur di mana sebelumnya mendapati bahawa tekanan inflasi adalah rendah dan ia berkemungkinan untuk menghalang bank pusat tersebut dalam meningkatkan kadar faedah. “Inflasi semasa adalah lebih suram daripada jangkaan kami. Namun, kami meramal bahawa pasaran buruh yang masih meneruskan pengetatan ini bakal meningkatkan kadar gaji secara beransur-ansur dan justeru itu mendorong kadar inflasi untuk mencapai sasaran kami iaitu 2 peratus,” kata William Dudley kepada kumpulan perniagaan tempatan New York. Kenaikan dolar telah memberi tekanan kepada euro dan pound sterling selepas Dudley memberikan ulasan agresif di tengah-tengah permulaan rundingan rasmi Brexit di antara UK dan EU. Selain itu, dolar juga meneruskan kekukuhan berbanding dengan Yen Jepun selepas Bank Pusat Jepun enggan mengurangkan rangsangan pembelian bonnya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.2% ke $44.52 manakala kenaikannya adalah terhad oleh kerana para pelabur menumpu kepada peningkatan pengeluaran minyak mentah yang bakal menjejaskan usaha OPEC dan pengeluar lain. Tambahan pula, harga emas disebut niaga berdekatan $1,244.57 namun masih menerima tekanan daripada isyarat agresif yang menyokong kekukuhan dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
15:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
19:45 USD FOMC Member Rosengren Speaks
20:00 USD FOMC Member Stanley Fischer Speaks
03:00 USD FOMC Member Kaplan Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
04:30 | Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock | 2.750M | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD telah memecah keluar dari paras bawah segi tiga menaik baru-baru ini dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Pemecahan pada tahap sokongan 1.2730 akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2790, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2730, 1.2690
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras bawahnya. Petunjuk Stochastic Oscillator yang mula memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan EURUSD untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1.1170 selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1200
Tahap sokongan: 1.1140, 1.1100
USDJPY
USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di tahap rintangan 111.80. MACD histogram memaparkan momentum menaik yang masih meningkat dan kedua-dua garisan MA yang melengkung ke atas mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 111.80.
Tahap rintangan: 111.80, 112.70
Tahap sokongan: 110.95, 109.85
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah melantun dari tahap sokongan 44.20 baru-baru ini. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan harga minyak mentah untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran.
Tahap rintangan: 45.30, 46.70
Tahap sokongan: 44.20, 43.00
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan penurunannya selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah. Pemecahan pada tahap sokongan 1245.40 baru-baru ini membuka ruang yang lebih besar untuk harga emas melanjutkan kerugiannya dan sasaran berikut berada di tahap sokongan 1231.65.
Tahap rintangan: 1245.40, 1255.05
Tahap sokongan: 1231.65, 1214.15