83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Jun 2018                         Analisis Harian

 

Dolar meningkat ditengah-tengah ketegangan AS-China.

Dolar AS melantun pada semalam ditengah-tengah ketegangan diantara AS-China mengenai perdagangan susulan dengan penjualan yang mendadak ke atas mata wang Euro dan Pound Sterling. Indeks dolar telah meneruskan keuntungannya sebanyak 0.22% ke 94.60 pada awal sesi Asia. Euro masih menerima tekanan bearish sejak minggu lalu selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi menegaskan untuk mengekalkan dasar kewangan bagi tempoh masa yang terdekat dan ia memberi isyarat yang dovish mengenai pelan kadar faedah untuk masa hadapan. Selain itu, pound sterling menjunam ke paras rendah 7 bulan di $1.3153 berbanding dengan dolar selepas Perdana Menteri Britain Theresa May gagal untuk memperoleh sokongan bagi cadangan yang membolehkan parlimen mendapat kuasa mutlak dalam menentukan proses Brexit. Isyarat tersebut telah meningkatkan ketidaktentuan politik dan ekonomi sekiranya konsensus tidak tercapai menjelang tarikh luput Brexit. Walaubagaimanapun, keuntungan yang dicapai oleh dolar masih dihadkan di bawah tahap 95.00 berikutan dengan ketegangan perdagangan yang makin meningkat selepas China menegaskan untuk bertindak balas terhadap cadangan Trump dalam mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas $200 bilion barangan import dari China.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.34% ke $65.23 setong selepas laporan industri memaparkan penyusutan pada stok minyak AS sebanyak 3.016 juta tong pada minggu lepas sambil meningkatkan optimisme para pelabur terhadap keputusan rasmi dari EIA bagi malam ini. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.04% ke $1,275.17 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran berlatarbelakangkan ketidaktentuan politik dan perdagangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:30                     USD                      Fed Chair Powell Speaks

21:30                     EUR                       ECB President Draghi Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 GBP – CBI Industrial Trends Orders (Jun) -3 1
22:00 USD – Existing Home Sales (May) 5.46M 5.55M
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -4.143M -1.898M
22:30 CrudeOIL – Gasoline Inventories -2.271M 0.188M

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3235. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan momentum bearish dan menuju ke arah 1.3140.

 

Tahap rintangan: 1.3185, 1.3235

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3050

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1645, 1.1710

Tahap sokongan: 1.1550, 1.1445

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.10. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 109.80.

 

Tahap rintangan: 110.10, 110.25

Tahap sokongan: 109.80, 109.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun dari paras bawah saluran menurun menyempit. Kedua-dua petunjuk MACD histogram dan Stochastic Oscillator yang masih memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 65.75, 67.40

Tahap sokongan: 64.10, 62.90

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1275.80.. Namun, MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan aliran bearish utama.

 

Tahap rintangan: 1275.80, 1285.20

Tahap sokongan: 1264.00, 1260.00