83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Julai 2018                       Analisis Harian

 

Dolar susut selepas kritikan Trump.

Dolar AS memangkas keuntungannya semasa sesi perdagangan Amerika Utara selepas Presiden AS Donald Trump meluahkan ketidakpuasan beliau terhadap pengetatan dasar monetari oleh Bank Pusat AS (Fed). Indeks dolar menjunam sebanyak 0.43% ke 94.92 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Di dalam satu temu duga dengan CNBC pada semalam, Trump menyatakan bahawa beliau tidak selesa dengan kenaikan kadar faedah sambil mendakwa bahawa “kadar yang tinggi boleh meletakkan negara kita (AS) di posisi yang tidak bermanfaat”. Walau bagaimanapun, Trump mengulas bahawa beliau akan memberikan Fed untuk melakukan tugas mereka berdasarkan apa yang diperlukan. Komen yang pesimis tersebut telah mengurangkan jangkaan kenaikan kadar di dalam kalangan para pelabur sehari selepas Pengerusi Fed Jerome Powell mengatakan bahawa tindakan yang wajar diambil adalah untuk mengetatkan dasar secara beransur-ansuran. Secara keseluruhannya, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad susulan dengan data ekonomi yang optimistik dari semalam. Menurut kepada Department of Labour, tuntutan pengangguran telah susut sebanyak 8,000 ke 207,000, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat ke 220,000. Selain itu Fed Philadelphia juga melaporkan bahawa indeks perkilangan mereka meningkat ke paras 25.7 berbanding ramalan 21.6 untuk bulan Julai.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak memangkas kerugiannya sebanyak 0.07% ke $69.47 setong selepas laporan mendapati bahawa pembekalan minyak dari Arab Saudi berkemungkinan untuk menurun bagi bulan Ogos. Isyarat tersebut telah meningkatkan spekulasi pasaran bahawa fenomena kekurangan stok berkemungkinan untuk berlaku. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,222.97 se troy auns sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan ekonomi dari AS untuk mendapat prospek yang lebih lanjut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 CrudeOIL                 OPEC Meeting

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – National Core CPI (YoY) (Jun) 0.7% 0.8%
14:00 EUR – German PPI (MoM) (Jun) 0.5% 0.3%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jun) -0.1%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) -0.1% 0.7%
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 863

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Walaupun MACD dan Stochastic Oscillator memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari paras atasnya adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1.3070, 1.3130

Tahap sokongan: 1.3000, 1.2900

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1680, 1.1720

Tahap sokongan: 1.1645, 1.1590

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 112.55, 112.80

Tahap sokongan: 112.25, 111.85

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 66.55. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan rintangan di 68.40.

 

Tahap rintangan: 68.40, 69.30

Tahap sokongan: 67.90, 66.55

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas pemecahan berlaku di sasaran 1222.00.

 

Tahap rintangan: 1226.50, 1233.70

Tahap sokongan: 1222.00, 1216.00