20 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak susulan data pekerjaan positif.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan data pekerjaan yang positif dari rantau A.S. semalam. Menurut kepada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 377K ke bacaan sebanyak 348K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 363K, yang selanjutnya mencetuskan harapan bahawa Bank Pusat A.S. mungkin akan mengetatkan dasar monetari lebih awal daripada jangkaan. Sebelumnya, risalah minit mesyuarat Fed pada bulan Julai telah menunjukkan bahawa para anggota Fed diharapkan untuk mengurangkan program pembelian bon bulanan pada akhir tahun ini, yang meningkatkan hasil bon kerajaan A.S. dan menjadikannya lebih menarik bagi para pelabur untuk memegang dolar-aset dalam denominasi. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya berikutan dengan data pembuatan negatif pada hari semalam. Menurut kepada Federal Reserve Bank of Philadelphia, U.S. Philadelphia Fed Manufacturing Indeks telah memberi bacaan sebanyak 19.4, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 23.0. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.46% ke 93.55.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.03% ke $6385 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih rendah di tengah gelombang jangkitan Covid-19 baru-baru ini di seluruh dunia terus mengurangkan permintaan untuk perjalanan global dan mengancam aktiviti ekonomi, yang mencetuskan prospek negatif untuk harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.03% ke $1780,35 se troy auns semasa penulisan di tengah pengukuhan Dolar AS.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jul) | 0.50% | 0.50% | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) | -2.00% | 4.40% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 93.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.25, 94.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3605. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3605, 1.3415

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1705. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1705, 1.1775
Tahap sokongan: 1.1635, 1.1550

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menugji di tahap sokongan 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.55, 111.10
Tahap sokongan: 109.75, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7160, 0.7045

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.7120
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6675

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2770. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2935.
Tahap rintangan: 1.2935, 1.3105
Tahap sokongan: 1.2770, 1.2585

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9135. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9230.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9035

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 62.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 65.05, 66.25
Tahap sokongan: 63.50, 61.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1794.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1773.35
Tahap rintangan: 1794.30, 1812.50
Tahap sokongan: 1773.35, 1754.40