83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 September 2018           Analisis Harian

 

Dolar menyusut di tengah ketegangan perang perdagangan.

Dolar telah menurun sebanyak 0.05% ke 94.00 pada sesi awal dagangan Asia berbanding dengan enam mata wang utama sementara mencapai paras rendah tujuh minggu semalam di tengah perang perdagangan yang lebih tegang di mana AS dan China telah mengenakan tarif ke atas barangan masing-masing. Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan tarif 10% ke atas $200 bilion barangan China pada hari Isnin yang lalu serta mengancam untuk mengenakan lagi satu pusingan tarif sekira China bertindak balas. Ketegangan perang perdagangan bertambah apabila China juga mengumumkan tarif ke atas $60 bilion barangan AS sebagai tanda balasan. Walaupun tarif yang dikenakan adalah lebih kurang daripada jangkaan para pelabur, maka perhatian akan difokuskan kepada langkah seterus oleh Trump dalam perang perdagangan untuk mendapat sentimen bagi dolar. Dalam berita lain, pengerakan harga pound sterling amat besar pada hari semalam di tengah pelepasan data ekonomi CPI UK bagi bulan Ogos serta komen daripada Presiden Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker di mana beliau mengkritikkan bahawa perjanjian Brexit antara EU dan UK masih jauh diikuti oleh penolakan President UK Theresa May untuk mengadakan referumdum kedua. Sentimen positif dari data ekonomi CPI menyebabkan pound untuk meningkat sebelum menjunam akibat sentiment suram daripada berita Brexit.

 

                Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.29% ke $71.20 setong di tengah pengurangan inventori minyak mentah AS serta isyarat dari OPEC yang berpelan untuk mengehadkan peningkatan bekalan akibat pengurangan bekalan dari Iran.  Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.14% ke $1205.40 se troy auns di tengah penyusutan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

15:30                     CHF                        SNB Monetary Policy Assessment
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Aug) 0.7% -0.1%
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) 11.9 17.0
22:00 USD – Existing Home Sales (Aug) 5.34M 5.35M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bullish serta permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3195.

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1690. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1645.

 

Tahap rintangan: 1.1690, 1.1730

Tahap sokongan: 1.1645, 1.1615

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 112.20. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 111.95.

 

Tahap rintangan: 112.20, 112.60

Tahap sokongan: 111.95, 111.65

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 71.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya memecahkan tahap rintangan di 71.25.

 

Tahap rintangan: 71.25, 72.40

Tahap sokongan: 70.45, 69.50

 

 

GOLD

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1203.30. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1207.80.

 

Tahap rintangan: 1207.80, 1212.70

Tahap sokongan: 1203.00, 1196.00