20 Oktober 2017 Analisis Harian
Dolar disokong reformasi cukai, Catalonia menekan EU.
Dolar A.S. menerima sokongan bullish di seluruh pasaran kewangan pada hari Jumaat selepas laporan menunjukan bahawa Senat A.S. telah meluluskan pelan bajet 2018 yang bakal membuka laluan kepada reformasi sistem cukai oleh Republikan. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.26% ke 93.33. Kelulusan yang diberikan dengan undian sebanyak 51-49 adalah salah satu langkah yang telah diambil untuk meluluskan bil RUU reformasi tersebut yang boleh memotong sebanyak $1.5 trilion untuk dekad yang akan datang. Keseluruhan sentimen optimis yang telah dicetuskan oleh laporan tersebut telah menyokong bon perbendaharaan A.S. dengan lekuk hasil yang lebih curam sebanyak 79 mata asas. Selain itu, dua laporan ekonomi yang optimistik dan merangkumi tuntutan pengangguran serta indeks sektor pembuatan Philadelphia juga telah memberi sokongan yang lebih lanjut kepada dolar A.S. Bagi rantau yang lain, EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.35% ke $1.1810 berikutan dengan risiko politik yang lebih tinggi. Kerajaan pusat Sepanyol telah menegaskan bahawa mereka bakal menyekat autonomi Catalonia serta mengenakan pentadbiran langsung selepas pemimpin rantau tersebut, Carles Puigdemont mengancam untuk membuat deklarasi kemerdekaan sekiranya rundingan rasmi ditolak.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara berayun semasa sesi dagangan Asia selepas ia menokok sebanyak 0.14% ke $51.36. Para pelabur kini akan menumpu kepada mesyuarat OPEC pada hari ini bagi mendapatkan kemaskini terbaru mengenai pelan pembekuan dan kemungkinan untuk melanjutkannya. Bagi pasaran emas, harga aset tersebut menjunam sebanyak 0.48% ke $1,283.52 di tengah-tengah kekukuhan dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 (Sat) USD FOMC Member Mester Speaks
07:30 (Sat) USD Fed Chair Yellen Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Public Sector Net Borrowing (Sep) | 5.09B | 5.70B | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.0% | – | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 5.35M | 5.30M | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 743 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah memecah tahap sokongan di 1.3140. Kejayaan candlestick untuk menutup di bawah tahap sokongan tersebut dan garisan isyarat MACD yang bersusur di bawah garisan neutral memberi cadangan kepada GBPUSD untuk melanjutkan kerugian ke arah tahap sokongan yang seterusnya di 1.3065.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3065, 1.3020
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.1825. Kejayaan candlestick untuk menutup di bawah tahap sokongan tersebut dan histogram MACD bearish yang lebih ketara memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke arah sokongan pada garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 1.1870, 1.1905
Tahap sokongan: 1.1785, 1.1735
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 113.00. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan yang seterusnya di 113.15. Silang keemasan yang dibentuk oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk berdagang dengan lebih tinggi sekiranya pemecahan di tahap rintangan tersebut berjaya.
Tahap rintangan: 113.15, 113.55
Tahap sokongan: 112.50, 112.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah memecah tahap sokongan di 51.65. Momentum bearish semakin membina yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugian ke arah tahap sokongan di 51.25.
Tahap rintangan: 51.65, 52.50
Tahap sokongan: 51.25, 50.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1291.00 dan rintangan pada garisan 200-MA. Pembentukan silang kematian oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga emas untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek dan berdagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1283.45.
Tahap rintangan: 1291.00, 1297.60
Tahap sokongan: 1283.45, 1278.40