20 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal rata di tengah-tengah isyarat bercampuran Fed.
Dolar AS telah didagang dengan rata selepas lantunannya dari paras rendah sebulan di tengah-tengah peningkatan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada hari semalam. Berikutan dengan keputusan kadar faedah, para pelabur telah menjangkakan Bank Pusat AS (Fed) untuk menghentikan proses kenaikan kadar akibat daripada penyusutan pertumbuhan ekonomi secara global. Namun, para pelabur terkejut dengan keputusan Fed untuk mengekalkan rancangan mereka dalam mengetatkan dasar kewangan walaupun adanya beberapa perubahan dalam kenyataan tersebut yang termasuk penurunan ramalan terhadap pertumbuhan dan juga inflasi bagi tahun 2019. Setakat ini, ‘dot plot’ Fed menjangkakan jumlah kenaikan kadar faedah dari tiga kali kepada dua kali untuk tahun depan. Indeks dolar telah merosot sebanyak 0.03% ke 96.45 semasa sesi dagangan Asia. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah menjunam sebanyak 0.41% ke 0.6740 di tengah-tengah kemerosotan pertumbuhan ekonomi New Zealand ke paras rendah lima tahun bagi suku ketiga. Hal ini memberi petunjuk bahawa Bank Pusat New Zealand berkemungkinan untuk melonggarkan dasar kewangan mereka pada masa depan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.15% ke $47.30 setong akibat tekanan dari data Crude Oil Inventories yang suram. Para pelabur masih bimbang akan kelebihan bekalan minyak dan juga kelihatan ekonomi global yang suram. Di samping itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.11% ke $1244.00 se troy auns susulan dengan pengunduran dolar dari paras tinggi di 96.50.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Nov) | -0.5% | 0.3% | – |
| 20:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision | 0.75% | 0.75% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 206K | 216K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) | 12.9 | 15.6 | – |
| 21:30 | USD – Philly Fed Employment (Dec) | 16.3 | – | – |
| 21:30 | CAD – Wholesale Sales (MoM) (Oct) | -0.5% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.30.
Tahap rintangan: 96.50, 96.65
Tahap sokongan: 96.30, 96.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.2620. MACD yang memaparkan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2730
Tahap sokongan: 1.2620, 1.2535

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1360. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1395.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1340

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 112.25.
Tahap rintangan: 112.65, 113.20
Tahap sokongan: 112.25, 112.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7115. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7080.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7080, 0.7060

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6755. MACD yang membentuk formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6710.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6790
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6630

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3495. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3545.
Tahap rintangan: 1.3545, 1.3600
Tahap sokongan: 1.3495, 1.3445

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9920. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9955.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9920, 0.9865

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 47.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 46.20.
Tahap rintangan: 47.40, 48.40
Tahap sokongan: 46.20, 45.20

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1241.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1246.15.
Tahap rintangan: 1246.15, 1251.05
Tahap sokongan: 1241.35, 1234.25