5 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Pasaran tipis menjelang data pekerjaan, isu Brexit berlegar.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.01% ke 96.30 sementara para pelabur menunggu pelepasan data pekerjaan dan pertumbuhan gaji daripada AS untuk mendapatkan isyarat yang selanjutnya di dalam pasaran. Pembebasan data tersebut dijangka untuk membawa impak yang besar ke atas pasaran oleh kerana Bank Pusat AS (Fed) akan merujuk kepada keputusan data tersebut bagi menentukan pendirian dasar kewangannya. Untuk setakat ini, Fed dijangka untuk memotong kadarnya sebanyak 25 mata asas pada hujung bulan ini dan data yang negatif pada hari ini bakal menyebabkan Fed untuk mengisyaratkan pemotongan kadar yang selanjutnya menjelang akhir tahun ini. Selain itu, ketegangan perang perdagangan AS-China telah memberi tekanan selanjutnya ke atas pasaran global walaupun kedua-dua negara tersebut telah bersetuju untuk menghentikan sementara penambahan tarif bagi meneruskan perundingan mereka. Dalam berita lain, pound sterling kekal ditekan oleh ketegangan Brexit sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.06% ke 1.2580. Menurut kepada laporan, calon utama Perdana Menteri UK baru Boris Johnson telah menyatakan bahawa penyampaian Brexit adalah keutamaan beliau kerana kegagalan untuk menyampaikan Brexit akan mengakibatkan pemisahan kesatuan negara. Namun, Canselor Exchequer Philip Hammond telah menegaskan bahawa Brexit tanpa perjanjian akan menjejaskan ekonomi UK. Johnson membalas bahawa kepentingan kesatuan negara adalah terutama namun kegagalan untuk menyampaikan Brexit sebelum 31hb Oktober akan memudaratkan kesatuan negara. Menurut kepada kenyataan tersebut, walaupun Brexit berkemungkinan untuk disampaikan sebelum tarikh akhirnya, namun risiko Brexit tanpa perjanjian telah memburukkan sentimen pasaran UK.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.14% ke %56.67 setong sementara para pelabur menunggu sentimen pasaran selanjutnya sebelum membuat perdagangan terhadap komoditi tersebut. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.15% ke $1,418.30 se troy auns sementara para pelabur memegang pada pelaburan mereka di tengah-tengah isyarat yang kurang jelas di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jun) | 0.2% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jun) | 75K | 160K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Jun) | 3.6% | 3.6% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jun) | 27.7K | 10.0K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jun) | 55.9 | 55.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang secara rata sementara menguji pada tahap rintangan 96.35. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 95.50.
Tahap rintangan: 96.35, 97.00
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata di bawah tahap rintangan di 1.2595. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2610, 1.2655
Tahap sokongan: 1.2515, 1.244

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang secara rata sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1280. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melantun ke arah tahap rintangan 1.1305.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1235

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 107.60. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 108.15.
Tahap rintangan: 108.15, 108.70
Tahap sokongan: 107.60, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7035. MACD yang memaparkan isyarat bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7055, 0.7115
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6970

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6675. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6640

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3080. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 1.3080.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3160
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2895

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9855. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9800.
Tahap rintangan: 0.9855, 0.9910
Tahap sokongan: 0.9800, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 57.55. Oleh kerana kekurangan momentum dalam MACD, pemecahan pada tahap rintangan atau tahap sokongan adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 57.55, 59.60
Tahap sokongan: 56.00, 54.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1421.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1403.15.
Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1403.15, 1386.35