21 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar didorong oleh isu Brexit dan perundingan perdagangan yang optimistik.
Indeks dolar telah meningkat berbanding dengan enam pasangan mata wang utama pada Jumaat lepas akibat perbincangan perdagangan antara AS dan China yang optimistik mengenai laporan daripada pegawai China yang menyatakan bahawa China akan meningkatkan importnya daripada AS sejumlah $1 trilion bagi mengimbangkan lebihan perdagangannya dengan AS. Laporan tersebut telah menggalakkan sentimen bagi pasaran dolar sementara para pelabur berharap perang perdagangan dapat diselesaikan dengan lebih cepat daripada jangkaan. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada hasil pusingan baru perbincangan perdagangan semasa Naib Presiden China Liu He melawat ke Washington pada hujung bulan ini. Kenaikan dolar juga didorong oleh sentimen yang suram daripada pasaran pound akibat ketidakpastian Brexit sementara para pelabur menunggu pelan alternatif daripada Perdana Menteri Theresa May selepas beliau gagal untuk mendapatkan kelulusan bagi draf Brexitnya. May dijangka untuk menyampaikan ucapan pada lewat hari ini yang akan termasuk pelan selanjutnya bagi Brexit dan juga kemungkinan referendum Brexit kedua. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 95.90 manakala pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.09% ke 1.2860 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.45% ke $54.19 setong akibat perbincangan perdagangan yang lebih optimistik dan data yang baik. Data US Baker Hughes Oil Rig Count telah memberi bacaan sebanyak 852 berbanding dengan ramalannya sebanyak 873. Pengurangan dalam aktiviti pelantaran minyak bakal mendorong kepada pembekalan dan paras inventori yang lebih rendah sambil menggalakkan sentimen bagi pasaran minyak. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.08% ke $1281.70 se troy auns di tengah-tengah kekukuhan dolar dan permintaan terhadap aset selamat yang lebih rendah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP UK Prime Minister May Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German PPI | 0.1% | -0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 95.60.
Tahap rintangan: 96.00, 96.30
Tahap sokongan: 95.60, 95.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2930. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2815.
Tahap rintangan: 1.2930, 1.3015
Tahap sokongan: 1.2815, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 1.1350. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1400.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1350, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 108.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 109.25.
Tahap rintangan: 109.90, 110.40
Tahap sokongan: 109.25, 108.55

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada paras rendah saluran berdekatan 0.7170. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada paras rendah saluran sisi tersebut.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7100

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6715. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6625

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3245. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan keluar daripada saluran sisi tersebut adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9950. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalai pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9995
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 53.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 55.00.
Tahap rintangan: 55.00, 56.15
Tahap sokongan: 53.90, 52.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1280.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1288.00, 1295.00
Tahap sokongan: 1280.00, 1272.00