21 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar didagang rata di tengah-tengah penerusan penutupan kerajaan AS.
Indeks dolar telah didagang rata berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas mencecah paras tinggi 96.00 walaupun isu penutupan kerajaan AS belum diselesaikan. Menurut kepada Reuters, Presiden AS Donald Trump telah mencadangkan perjanjian imigresen kepada ahli Demokrat pada Sabtu lepas bagi menghentikan penutupan kerajaan yang telah diteruskan selama 29 hari sementara menegaskan permintaan pembiayaan bagi dinding AS-Mexico beliau. Namun, Parti Demokrat telah menolakkan cadangan Trump sementara pemimpin Demokrat Senat Chuck Schumer membalas dengan cadangan untuk hanya meneruskan perbincangan tentang keselamatan sempadan selepas kerajaan dibuka semula. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 95.85 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menokok sebanyak 0.03% ke 0.7165 walaupun pertumbuhan GDP China telah menyusut ke paras yang terlemah dalam tempoh 28 tahun. Kenaikan pasangan tersebut telah didorong oleh data Industrial Production yang melebihi jangkaannya dengan bacaan 5.7% berbanding dengan 5.3%. Data ini telah menggalakkan permintaan bagi mata wang Australia oleh kerana korelasi antara negara Australia dengan keadaan ekonomi China adalah tinggi.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.50% ke $54.20 setong, tahap tertinggi bagi tahun 2019 selepas data menunjukkan proses penapisan di China yang mencapai rekod tingginya pada 2019, walaupun dengan data GDP yang lemah. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.08% ke $1282.30 di tengah-tengah pengurangan permintaan terhadap dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP UK Prime Minister May Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German PPI | 0.1% | -0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 95.60.
Tahap rintangan: 96.00, 96.30
Tahap sokongan: 95.60, 95.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendah. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2930.
Tahap rintangan: 1.2930, 1.3015
Tahap sokongan: 1.2815, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 1.1350. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1400.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1350, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 108.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 109.25.
Tahap rintangan: 109.90, 110.40
Tahap sokongan: 109.25, 108.55

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada paras rendah saluran berdekatan 0.7170. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun dari paras rendah saluran sisi tersebut.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7100

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6715. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun dari tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6625

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3245. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan keluar daripada saluran sisi tersebut adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9950. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9995
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 53.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 55.00.
Tahap rintangan: 55.00, 56.15
Tahap sokongan: 53.90, 52.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1280.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun dari tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1288.00, 1295.00
Tahap sokongan: 1280.00, 1272.00
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 21 – 25
| Isnin, Januari 21 |
Data CNY – GDP (QoQ) (Q4)
Acara GBP – UK Prime Minister May Speaks
|
| Selasa, Januari 22 | Data
GBP – Average Earnings Index +Bonus (Nov) GBP – Claimant Count Change (Dec) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jan) USD – Existing Home Sales (Dec)
Acara N/A
|
| Rabu, Januari 23 |
Data NZD – CPI (QoQ) (Q4) JPY – BoJ Interest Rate Decision GBP – CBI Industrial Trends Orders (Jan) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) USD – Crude Oil Inventories
Acara JPY – BoJ Monetary Policy Statement JPY – BoJ Outlook Report JPY – BoJ Press Conference
|
| Khamis, Januari 24 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – Employment Change (Dec) EUR – German Manufacturing PMI (Jan) EUR – ECB Interest Rate Decision USD – Initial Jobless Claims USD – Manufacturing PMI (Jan) USD – Markit Composite PMI (Jan) USD – Services PMI (Jan)
Acara EUR – ECB Press Conference
|
|
Jumaat, Januari 25
|
Data CrudeOIL – Crude Oil Inventories EUR – German Ifo Business Climate Index USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) USD – New Home Sales CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|