83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Januari 2022                  Analisis Sesi Petang

Dolar AS menyusut susulan dengan hasil perbendaharaan AS berkurangan.

Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut selepas data-data ekonomi yang negatif telah dibebaskan. Menurut kepada Department of Labor, AS Initial Jobless Claims telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 231K ke bacaan sebanyak 286K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 220K. Tambahan pula, AS Existing Home Sales memberi bacaan sebanyak 6.18M, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.44M. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi yang penting telah menunjukkan bacaan yang suram, yang selanjutnya mencetuskan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di AS sambil mengurangkan kemungkinan terhadap pengetatan dasar monetari dari Bank Pusat AS. Semalam, hasil perbendaharaan AS telah menyusut daripada paras tertinggi dalam jangka pendek, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai penyataan dasar monetari dari Bank Pusat AS untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 95.70.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.93% ke $84.35 se tong semasa penulisan. Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengambilan keuntungan selepas data inventori telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), AS Crude Oil Inventories telah memberi bacaan sebanyak 0.515M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.938M. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.07% ke $1840.80 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
14:00 GBP – Retail Sales (MoM) (Dec) 1.40% -0.60%
21:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) 1.30% 1.30%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 95.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 95.60, 96.80

Tahap sokongan: 94.50, 93.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3595. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3715, 1.3840

Tahap sokongan: 1.3595, 1.3350

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1380. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1380, 1.1530

Tahap sokongan: 1.1235, 1.1105

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 113.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 114.95, 116.25

Tahap sokongan: 113.75, 112.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.7205. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7125.

 

Tahap rintangan: 0.7205, 0.7270

Tahap sokongan: 0.7125, 0.7000

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6710. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6865, 0.6960

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6570

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2475. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2625.

 

Tahap rintangan: 1.2625, 1.2825

Tahap sokongan: 1.2475, 1.2330

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9175, 0.9270

Tahap sokongan: 0.9095, 0.9035

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 82.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 84.45.

 

Tahap rintangan: 84.45, 86.60

Tahap sokongan: 82.70, 81.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1846.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1846.45, 1867.10

Tahap sokongan: 1828.00, 1811.35