83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Februari 2019                                Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar didagang secara bercampuran sementara tarikh luput menjelang.

Dolar AS telah didagang secara bercampuran semasa pertengahan sesi Asia sementara para pelabur memantau rundingan perdagangan diantara Washington dan Beijing. Menurut kepada laporan, AS dan China telah mula untuk menguraikan komitmen mereka berkaitan dengan pertikaian perdagangan dan ia telah membawa kepada kemajuan yang paling penting untuk setakat ini. Para perunding sedang membuat enam memorandum persefahaman (MoU) mengenai isu struktur yang termasuk halangan tanpa tarif dan hak harta intelek. Walaubagaimanapun, salah satu sumber memberi amaran bahawa perbincangan tersebut berkemungkinan untuk berakhir dengan kegagalan sementara mereka mendekati tarikh akhir pada 1hb Mac. Secara keseluruhannya, pencapaian MoU diantara kedua-dua negara adalah langkah ke hadapan yang paling penting dalam menampung komitmen secara khususnya mengenai isu-isu utama. Bagi rantau yang lain, pound sterling gagal untuk melakukan sebarang pemulihan yang nyata berikutan dengan risiko politik dan Brexit yang makin meningkat di rantau tersebut. Menurut kepada laporan, tiga ahli parlimen Parti Konservatif telah meletakan jawatan dan bakal menyertai kumpulan bebas. Berita tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kelulusan perjanjian Brexit dari PM Theresa May yang kini sedang dirundingkan semula dengan kesatuan Eropah. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 96.30 sementara pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.03% ke 1.3045.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.52% ke $57.35 setong. Sentimen pasaran terhadap komoditi ini adalah masih positif berlatarbelakangkan pemotongan bekalan OPEC serta sekatan AS ke atas Venezuela dan Iran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.10% ke $1,339.69 se troy auns. Harga emas masih berlegar di paras tinggi bulanan walaupun dolar telah melantun. Momentum tersebut adalah berikutan dengan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat AS yang makin merosot.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

01:35(22hb)         CAD                         BoC Gov Poloz Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 EUR – German Manufacturing PMI 49.7 50.0
17:00 EUR – Markit Composite PMI (Feb) 51.0 51.1
21:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) -0.4% 0.2%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 239K 220K
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) 17.0 15.6
22:45 USD – Markit Composite PMI (Feb) 54.4 55.1
23:00 USD – Existing Home Sales (Jan) 4.99M 5.01M
00:00 (22hb) CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.633M 3.080M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap sokongan di 96.10.

 

Tahap rintangan: 96.40, 97.00

Tahap sokongan: 96.10, 95.75

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3070. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dan menuju ke arah 1.2975.

 

Tahap rintangan: 1.3070, 1.3155

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2875

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1350. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1.1300.

 

Tahap rintangan: 1.1350, 1.1390

Tahap sokongan: 1.1300, 1.1260

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran sisi berhampiran 110.90. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pengunduran atau pemecahan dari paras atas adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.05

Tahap sokongan: 110.60, 110.40

 

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7145. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah 0.7200.

 

Tahap rintangan: 0.7200, 0.7290

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7060

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 0.6845.

 

Tahap rintangan: 0.6885, 0.6935

Tahap sokongan: 0.6845, 0.6815

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah 1.3195.

 

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3265

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3090

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9990. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0090

Tahap sokongan: 0.9990, 0.9945

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelumnya di 56.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan di 57.75.

 

Tahap rintangan: 57.75, 59.25

Tahap sokongan: 56.55, 55.50

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1344.75. MACD yang memaparkan momentum bearish serta pembentukan silang kematian mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1337.20.

 

Tahap rintangan: 1344.75, 1355.40

Tahap sokongan: 1337.20, 1323.15