21 Mac 2018 Analisis Harian
FOMC dipantau, Euro susut akibat kemungkinan persaingan dagangan.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan sebakul mata wang utama yang lain selepas ia menokok sebanyak 0.47% ke 89.86 semasa penulisan. Sokongan bullish tersebut telah tercetus selepas para pelabur memberikan sentimen yang lebih optimistik terhadap Bank Pusat AS (Fed) yang bakal meningkatkan kadar faedah buat kali pertama di dalam tahun ini pada mesyuarat hari esok. Para peserta pasaran juga akan memberikan tumpuan kepada pembebasan Summary of Economic Projection bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai ramalan keadaan inflasi, pengangguran dan pertumbuhan ekonomi di dalam rantau tersebut. Menurut kepada pelan kenaikan kadar (dot plot) bagi bulan Disember lepas, median kenaikan kadar bagi tahun ini diunjurkan sebanyak tiga kali. Oleh kerana kenyataan diantara pegawai Fed yang merangkumi penjawat Pengerusi baru Jerome Powell baru-baru ini adalah lebih hawkish, maka ia berkemungkinan untuk diselaraskan kepada empat kali bagi tahun ini. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.49% ke $1.2257 selepas laporan menunjukan kemelesetan pada sentimen ekonomi Jerman berlatarbelakangkan kekhuatiran tercetusnya persaingan dagangan akibat daripada pelan tarif dari Presiden AS Donald Trump.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.2% ke paras tinggi tiga minggu di $63.75 setong selepas sekatan AS ke atas Iran boleh menyebabkan gangguan ke atas pembekalan minyak negara tersebut. Selain itu, harga emas didagang secara stabil berdekatan #1,311.50 se troy auns sementara para pelabur memantau pembebasan kenyataan FOMC.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Vernal Equinox
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 (Thu) USD FOMC Economic Projection
02:00 (Thu) USD FOMC Statement
02:30 (Thu) USD FOMC Press Conference
04:00 (Thu) NZD RBNZ Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Average Earnings Index + Bonus (Jan) | 2.5% | 2.6% | – |
| 17:30 | GBP – Claimant Count Change (Feb) | -7.2K | -3.1K | – |
| 17:30 | GBP – Unemployment Rate (Jan) | 4.4% | 4.4% | – |
| 19:00 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (Mar) | 10 | 8 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Feb) | 5.38M | 5.41M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.022M | 3.672M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -6.271M | – | – |
| 02:00 | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.50% | 1.75% | – |
| 04:00 | NZD – RBNZ Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.3980. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 1.4020.
Tahap rintangan: 1.4020, 1.4060
Tahap sokongan: 1.3980, 1.3950
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2240. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish semula.
Tahap rintangan: 1.2290, 1.2300
Tahap sokongan: 1.2240, 1.2210
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 106.40. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke paras tertinggi sebelumnya.
Tahap rintangan: 106.60, 106.85
Tahap sokongan: 106.40, 106.10
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 63.15. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan yang seterusnya di 63.95.
Tahap rintangan: 63.95, 64.50
Tahap sokongan: 63.15, 62.20
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1309.70. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan di 1314.30.
Tahap rintangan: 1314.30, 1317.40
Tahap sokongan: 1309.70, 1303.80