21 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Kenaikan kadar dihentikan, kemelesetan bakal menjelang?
Dolar AS telah memulih dari paras rendahnya semasa pertengahan sesi Asia selepas Bank Pusat AS mengejutkan pasaran kewangan dengan membatalkan segala pelan untuk kenaikan kadar faedah berlatarbelakangkan risiko kemelesetan yang makin meningkat. Pada semalam, para pelabur menjual mata wang dolar sambil menolak kadar hasil bon persekutuan ke paras terendah semenjak awal tahun 2018. Untuk setakat ini, perbezaan diantara kadar bon 2 tahun dan 10 tahun telah menyempit ke paras terendah di dalam tempoh 3 bulan dan ini telah meningkatkan kebimbangan para pelabur kepada penyongsangan lekuk hasil. Penyongsangan ini memberi isyarat kepada kemelesetan ekonomi oleh kerana hasil kadar bagi jangka panjang mendekati hasil kadar bagi jangka pendek. Sebaliknya, dolar New Zealand telah menerima sokongan bullish susulan dengan penjualan yang ketara pada dolar AS. Selain itu, mata wang tersebut menerima sokongan menaik yang lebih lanjut selepas data GDP bagi suku ke-4 memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 0.6% dan ia telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi di rantau tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar memulih sebanyak 0.13% ke 95.30 sementara pasangan NZD/USD meningkat sebanyak 0.54% ke 0.6919.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.32% ke paras $59.89 setong. Harganya menerima sokongan menaik selepas data dari AS memaparkan penurunan yang mendadak ke atas inventori minyak bagi minggu lepas. Namun, keuntungan pada harga komoditi ini adalah terhad selepas Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa tarif ke atas barangan China akan dilanjutkan bagi memastikan China mematuhi segala perjanjian perdagangan yang sedia ada. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.47% ke $1,318.67 se troy auns susulan dengan jangkaan yang lebih rendah terhadap kenaikan kadar di AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16.30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16.30 CHF SNB Press Conference
17.00 EUR ECB Economic Bulletin
Tentatif EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 17.30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Feb) | 1.0% | -0.4% | – |
| 20.00 | GBP – BoE Interest Rate Decision | 0.75% | 0.75% | – |
| 20.30 | USD – Initial Jobless Claims | 229K | 226K | – |
| 20.30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) | -4.1 | 4.6 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 95.45. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 95.10.
Tahap rintangan: 95.45, 96.70
Tahap sokongan: 95.10, 94.65

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3220. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3295
Tahap sokongan: 1.3130, 1.3065

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1425. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1425.
Tahap rintangan: 1.1465, 1.1500
Tahap sokongan: 1.1425, 1.1395

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan terdahulu di 110.60. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 110.25.
Tahap rintangan: 110.25, 109.25
Tahap sokongan: 110.60, 111.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7145. MACD yang memaparkan isyarat bullish serta silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.7145.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7190
Tahap sokongan: 0.7120, 0.7070

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6935. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6900.
Tahap rintangan: 0.6935, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6875

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3290. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.3345, 1.3405
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3235

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9895. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 0.9930.
Tahap rintangan: 0.9930, 0.9960
Tahap sokongan: 0.9895, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 59.70. MACD yang memaparkan isyarat bullish serta silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 61.25.
Tahap rintangan: 61.25, 63.10
Tahap sokongan: 59.70, 57.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1310.35. MACD yang memaparkan momentum bullish serta silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1322.20.
Tahap rintangan: 1322.20, 1344.70
Tahap sokongan: 1310.35, 1298.90