83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 April 2017                       Analisis Harian

 

Pasaran gelisah menanti pilihan raya Perancis.

Dolar A.S. dan Euro telah didagang dengan stabil semasa awal sesi perdagangan Asia pada hari Jumaat ini selepas satu insiden penembakan yang disyaki sebagai ancaman pengganas berlaku sebelum pilihan raya di Perancis pada hari Ahad nanti. Seorang anggota polis terkorban manakala dua lagi tercedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di Paris pada malam Khamis. Indeks dolar menaik sebanyak 0.01% ke 99.66 berbanding dengan sebakul enam mata wang yang lain manakala EUR/USD telah didagang dengan tidak berubah di $1.0720. “Ketidaktentuan politik bakal menjadi tema di seluruh zon Eropah. Aliran menaik sebelum ini berkemungkinan digunakan oleh pelabur “bearish” untuk jangka panjang dan boleh menyebabkan euro untuk menjunam jika terdapatnya berita utama,” kata penganalisis di dalam nota. Melihat kepada dolar A.S., data yang mengecewakan dari malam semalam seperti Initial Jobless Claims dan Philadelphia Fed Manufacturing Index telah menambahkan tekanan pada dolar dari meningkat untuk masa ini. Para peserta pasaran bakal memantau akan data dari beberapa pasaran pada hari ini sebelum mengalihkan tumpuan kepada pilihan raya Perancis pada hari Ahad nanti.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara berayun selepas para pelabur mempertimbangkan kemampuan para OPEC dalam membendung kelebihan stok global yang ditambah pula dengan peningkatan pengeluaran minyak dari Amerika Syarikat. Selain itu, harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menurun sebanyak 0.07% ke $1,280.95 berikutan dengan para pelabur yang kekal berjaga-jaga sebelum keputusan pilihan raya Perancis dilepaskan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Apr) 58.3 58.0
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Mar) 1.4% -0.2%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Mar) 0.4%
22:00 USD – Existing Home Sales (Mar) 5.48M 5.60M
01:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 683

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atas segi tiga tersebut. Ia dijangka untuk didagang dengan lebih rendah ke paras bawah segi tiga untuk jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar daripada salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2860

Tahap sokongan: 1.2750, 1.2700

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tinggi 1.0775. Melihat kepada petunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat dan momentum menurun, EURUSD dicadangkan untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.0710.

 

Tahap rintangan: 1.0735, 1.0775

Tahap sokongan: 1.0710, 1.0690

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-moving average (merah). Merujuk kepada petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menaik, USDJPY dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menaik selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 109.65, 110.15

Tahap sokongan: 109.10, 108.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 50.40. Oleh kerana momentum menurun dari MACD histogram makin menyusut, harga minyak mentah berkemungkinan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menurun selanjutnya oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas pembentukan silang kematian.

 

Tahap rintangan: 51.20, 52.15

Tahap sokongan: 50.40, 49.60

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas didagang di dalam lingkungan harga diantara 1283.55 dan 1276.80 selepas ia berundur dari paras atas lingkungan tersebut. Ia dijangka untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras bawah lingkungan di tahap sokongan 1276.80. Arah aliran keseluruhan harga emas masih didagang di dalam saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 1280.75, 1283.55

Tahap sokongan: 1276.80, 1271.75