21 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar mendatar selepas risiko perdagangan meningkat.
Dolar AS telah didagang secara mendatar pada semalam susulan dengan peningkatan risiko perang perdagangan diantara AS dan China. Pada semalam, gergasi teknologi seperti Google, Intel dan Qualcomm telah mengumumkan untuk menghentikan segala hubungan perniagaan dengan Huawei dan menghentikan pembekalan semikonduktor, cip dan perkhidmatan dalam talian. Pengumuman tersebut telah meningkatkan ketidaktentuan ke atas keputusan rundingan perdagangan diantara AS dan China kelak. Tindakan tersebut telah diumumkan selepas pentadbiran Trump menyenarai hitamkan Huawei pada minggu lepas atas sebab keselamatan negara selepas syarikat tersebut dituduh untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan China. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.07% ke 97.73 semasa sesi Asia. Pada masa yang sama, pasangan GBP/USD mendatar di paras 1.2725 sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai Brexit. Pada awal hari ini, menteri kewangan UK Philip Hammond memberi amaran bahawa sokongan terhadap “Brexit tanpa perjanjian” akan membawa impak kepada ekonomi dan taraf hidup UK walaupun dengan persiapan awal untuk membendungnya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.14% ke $63.23 setong. Harga minyak menerima sokongan selepas pembekalan minyak di Venezuela menurun dari 1.2 juta tong sehari ke 830,000 juta tong sehari, paras yang terendah semenjak Januari 2003. Sementara itu, harga emas didagang secara rata berdekatan $1,277.74 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Tentatif GBP Inflation Report Hearings
Data Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (May) | -5 | -5 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Apr) | 5.21M | 5.35M | – |
| 05:30
(22hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 8.600M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang kematian mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 97.65.
Tahap rintangan: 97.95, 98.60
Tahap sokongan: 97.65, 97.30

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang secara mendatar berhampiran dengan 1.2700. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2790, 1.2900
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2630

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan mendatar susulan dengan pengundurannya dari garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1200, 1.1220
Tahap sokongan: 1.1155, 1.1100

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menaik. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 110.10.
Tahap rintangan: 110.10, 110.55
Tahap sokongan: 109.80, 109.40

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran dengan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.6915.
Tahap rintangan: 0.6955, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6860

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap rintangan 0.6540. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6515, 0.6450

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia telah memecahkan tahap sokongan di 1.3435 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 1.3400.
Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490
Tahap sokongan: 1.3400, 1.3370

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0080. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0095.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0110
Tahap sokongan: 1.0080, 1.0055

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 63.70, 64.70
Tahap sokongan: 62.50, 61.00

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang secara mendatar selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 1275.30.
Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65
Tahap sokongan: 1275.30, 1267.00