83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Jun 2017                         Analisis Harian

 

Kenaikan dolar reda akibat harga minyak rendah.

                Dolar A.S. berlegar berhampiran paras tinggi sebulan manakala pound sterling bergelut berdekatan dengan paras rendah dua bulan selepas Gabenor Bank Pusat England Mark Carney menurunkan harapan untuk kenaikan kadar faedah di dalam jangka masa yang terdekat. Indeks dolar disebut niaga berdekatan dengan 97.33. Semalaman, dolar A.S. telah melanjutkan kenaikannya selepas prospek yang lebih tinggi untuk Bank Pusat A.S. mengikuti rancangan mereka dalam meningkatkan kadar faedah menjelang akhir tahun ini. Walaubagaimanapun, kenaikannya telah terhenti selepas momentum menaik pada kadar hasil bon persekutuan A.S. susut akibat daripada harga minyak mentah yang rendah. “Harga minyak yang lebih murah akan melemahkan tekanan inflasi dan seterusnya mendorong kepada penurunan kadar hasil bon A.S.,” kata Junichi Ishikawa, ahli strategi forex. “Penunjuk inflasi di A.S. masih tidak kukuh untuk setakat ini dan ditambah pula dengan harga minyak yang rendah akan memberi tekanan kepada dolar A.S. sambil melemahkan keseluruhan sentimen terhadap sektor tenaga di A.S.” Di pasaran yang lain, pound sterling susut sebanyak 0.05% ke $1.2625, tidak jauh dari paras rendah dua bulan iaitu $1.2600. Sterling mengalami tekanan selepas Carney dari BoE mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah tidak akan dipertimbangkan untuk jangka masa terdekat oleh kerana isyarat yang bercampuran dari ekonomi mereka serta pertumbuhan gaji yang lebih lemah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil berhampiran paras rendah tujuh bulan di $43.49 manakala para pelabur masih tidak yakin dengan usaha OPEC akibat daripada peningkatan pengeluaran minyak dari industri syal A.S. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.33% ke $1,245.05 selepas permintaannya disokong oleh aksi penjualan di dalam pasaran ekuiti. Walaubagaimanapun, kenaikannya adalah masih terhad oleh kerana prospek untuk kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini masih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Penting Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Public Sector Net Borrowing (May) 9.65B 7.00B
22:00 USD – Existing Home Sales (May) 5.57M 5.55M
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -1.661M -2.106M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang dengan lebih tipis selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2600. Oleh kerana petunjuk MACD memaparkan momentum menurun yang lemah, GBPUSD dijangka untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2600.

 

Tahap rintangan: 1.2640, 1.2700

Tahap sokongan: 1.2600, 1.2550

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Ia dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 1.1140. EURUSD dijangka untuk kekal didagang di dalam saluran menurun melainkan berlakunya pemecahan pada salah satu sisinya.

 

Tahap rintangan: 1.1140, 1.1190

Tahap sokongan: 1.1100, 1.1055

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaganya di bawah tahap sokongan 111.60. Merujuk kepada petunjuk MACD yang mencadangkan momentum menaik yang lemah, penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average line akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan pembetulan teknikalnya ke sasaran tahap sokongan 110.90.

 

Tahap rintangan: 111.60, 112.25

Tahap sokongan: 110.90, 110.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 45.30. Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah, ia mencadangkan kemungkinan lebih tinggi untuk berlakunya pemecahan dari paras bawah saluran menurun tersebut dan memberi isyarat kepada pertukaran arah alirannya.

 

Tahap rintangan: 45.30, 48.30

Tahap sokongan: 43.00, 41.00

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan kukuh berdekatan 1241.10. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1247.00 akan mencadangkan harga emas untuk melanjutkan pembetulan teknikalnya ke tahap Fibonacci 23.6 di 1250.45.

 

Tahap rintangan: 1247.00, 1250.45

Tahap sokongan: 1241.10, 1237.55