21 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar susut selepas data mengecewakan.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam berikutan dengan data ekonomi yang bearish dari rantau tersebut. Menurut kepada Philadelphia Federal Reserve, manufacturing PMI bagi bulan Jun telah mengecut ke 0.3%, penurunan yang terbesar semenjak Februari tahun ini. Data tersebut telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur oleh kerana laporan ekonomi terdahulu memaparkan risiko kemelesetan yang makin meningkat. Namun, kerugian pada dolar adalah terhad selepas Initial Jobless Claims meningkat hanya 216K, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu 220K. Secara keseluruhannya, sentimen pasaran terhadap dolar adalah lebih bearish selepas konklusi mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) dilepaskan. Menurut kepada Pengerusi Fed Jerome Powell, walaupun keadaan semasa tidak mendorong kepada penurunan kadar faedah, sebarang risiko yang menyelubungi kadar inflasi dan pasaran pekerjaan kelak bakal mendorong kepada penyelarasan polisi kewangan. Sementara itu, pound sterling telah melanjutkan kenaikannya berikutan dengan kenyataan yang neutral dari Bank Pusat England (BoE). Seperti yang dijangkakan, bank tersebut mengekalkan kadar faedah sambil memetik risiko perang perdagangan yang boleh menjejaskan ekonomi Britain. Namun, mereka juga mengulas bahawa pengetatan dasar secara beransuran dan terhad masih diperlukan sekiranya Brexit berjalan dengan lancar. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.50% ke 96.09 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.2704.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak meningkat sebanyak 0.44% ke $57.14 setong. Harga minyak melonjak pada semalam selepas Iran menembak jatuh drone pengintipan dari AS. Ketegangan yang makin meningkat diantara AS dan Iran boleh mendorong kepada penyusutan pembekalan minyak sekiranya Washington mengambil tindakan yang lebih lanjut. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,389.12 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 44.3 | 44.6 | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 1.7% | 0.6% | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (May) | 5.19M | 5.29M | – |
| 01:00
(22hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 788 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 95.75.
Tahap rintangan: 96.35, 97.05
Tahap sokongan: 95.75, 95.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.2745.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1335.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1380
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1245

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 107.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 106.50.
Tahap rintangan: 107.45, 108.80
Tahap sokongan: 106.50, 104.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6930.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6880

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.6600.
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6660
Tahap sokongan: 0.6555, 0.6485

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.3220. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 1.3120.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3040

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9805. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 0.9805.
Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 57.30. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 59.25, 60.85
Tahap sokongan: 57.30, 54.45

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 1374.10. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1415.00.
Tahap rintangan: 1415.00, 1448.00
Tahap sokongan: 1390.00, 1374.10