21 Julai 2017 Analisis Harian
Euro melonjak selepas keterangan Draghi.
Euro mengukuhkan kedudukannya di paras tinggi 22 bulan berbanding dengan dolar A.S. pada hari Jumaat selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi berkata bahawa mereka akan membincangkan langkah seterusnya bagi program rangsangan monetarinya pada musim luruh. Pasangan EUR/USD susut sedikit sebanyak 0.09% ke $1.1622 semasa penulisan. Beliau yang memberi keterangan di sidang akhbar berkata bahawa kesemua ahli bank tersebut memberikan sebulat suara dalam tidak menetapkan tarikh untuk membincangkan perubahan di masa depan namun menambah bahawa perbincangan tersebut mungkin bermula pada musim luruh. Mata wang zon ekonomi tersebut bertindak balas dengan momentum bullish selepas para pelabur menganggap kenyataan tersebut sebagai tanda bahawa ECB berkemungkinan untuk tidak melanjutkan program kelonggaran kuantitatif melebihi bulan Disember. Sebaliknya, dolar A.S. telah ditimpa dengan tekanan yang selanjutnya selepas Peguam Khas Rober Mueller berhasrat untuk membuat siasatan ke atas perniagaan Presiden Donald Trump yang berurusan dengan Rusia. Tindakan demikian boleh melambatkan sebarang perlaksanaan polisi Trump yang dianggap untuk meningkatkan kadar pertumbuhan. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.02% ke 94.10 pada pagi ini.
Sebaliknya, harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih tinggi pada $46.97 manakala para pelabur akan menunggu mesyuarat OPEC yang dijadualkan pada hari Isnin depan untuk mendapatkan isyarat lanjut mengenai pelan pemotongan pengeluaran mereka. Selain itu, harga emas susut $0.83 ke $1,243.97 namun masih berada di dalam jangkaan untuk mencatat keuntungan bagi minggu kedua.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Public Sector Net Borrowing (Jun) | 5.99B | 4.30B | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Jun) | 0.1% | – | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) | 1.5% | 0.3% | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 765 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke bawah mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kerugiannya ke paras bawah saluran selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2920, 1.2855
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1480. Kedua-dua garisan MA yang meneruskan pelebaran dan menuju ke atas mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1650.
Tahap rintangan: 1.1650, 1.1735
Tahap sokongan: 1.1570, 1.1480
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh di 111.65. Pergerakan harga tersebut mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke tahap rintangan 112.30.
Tahap rintangan: 112.30, 113.15
Tahap sokongan: 111.65, 111.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara ia telah menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau). Stochastic Oscillator yang mula untuk memberi isyarat pengunduran mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan 46.80. Pemecahan keluar dari paras bawah saluran akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.
Tahap rintangan: 47.15, 47.65
Tahap sokongan: 46.80, 46.35
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 1238.05. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas mencadangkan ia untuk melanjutkan aliran menaik selepas penutupan niaga di atas tahap rintangan 1247.15.
Tahap rintangan: 1247.15, 1253.00
Tahap sokongan: 1238.05, 1231.70