83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Julai 2023                       Analisis Sesi Petang

 

Yen Jepun terus meningkat apabila imbangan perdagangan mengejutkan pelabur

Yen Jepun, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, melonjak apabila imbangan dagangan Jepun secara tidak dijangka bertukar kepada lebihan pertama sejak Julai 2021. Menurut Kementerian Kewangan Jepun, imbangan dagangan (Jun) meningkat kepada 43 bilion daripada bacaan sebelumnya -1381.9 bilion, melebihi ramalan pasaran sebanyak -46.7 bilion. Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara barangan dan perkhidmatan yang diimport dan dieksport. Selain itu, eksport untuk Jepun melonjak daripada 0.6% kepada 1.5%, tetapi di bawah ramalan pasaran pada 2.2%. Sementara itu, import untuk Jepun susut lagi daripada -9.8% kepada -12.9%, melepasi ramalan pasaran pada -11.3%. Berdasarkan data di atas, ia membuktikan bahawa permintaan terhadap Yen meningkat tetapi aliran keluar Yen menurun. Selain itu, inflasi CPI Jepun meningkat sedikit pada bulan Jun, dan CPI teras kekal lekat. Menurut Biro Statistik, CPI teras Negara Jepun meningkat kepada 3.3% daripada 3.2%, yang sepadan dengan ramalan pasaran. Walaupun inflasi CPI sedikit di atas 3% dan kekal di atas sasaran Bank of Japan (BOJ) sebanyak 2%, Gabenor BOJ Kazuo Ueda berkata tiada rancangan untuk mengetatkan dasar itu. Sehingga berita ini ditulis, pasangan mata wang USD/JPY 0.07% kepada 140.15.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.79% kepada $76.20 setong disebabkan minyak mentah yang diimport China dari Rusia mencapai rekod tertinggi sebanyak 2.6 juta tong sehari. Selain itu, harga emas meningkat 0.04% kepada $1970.17 di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

 

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 99.80. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 100.80

 

Tahap rintangan100.80, 101.55

Tahap sokongan: 99.80, 98.90

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3000. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan 1.2835.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3180

Tahap sokongan: 1.2835, 1.2540

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1855. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan di 1.1010

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1355

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0835

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia menguji tahap rintangan di 140.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya setelah memecah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 140.25, 141.90

Tahap sokongan: 138.70, 137.50

 

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut kerugiannya ke tahap sokongan di 0.6695

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.7015

Tahap sokongan: 0.6785, 0.6600

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6280. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan di 0.6160.

 

Tahap rintangan: 0.6280, 0.6380

Tahap sokongan: 0.6160, 0.6055

 

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi melantun dari tahap sokongan di 1.3110. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam janka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3295, 1.3435

Tahap sokongan: 1.3110, 1.2975

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi melantun dari tahap sokongan di 0.8545. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjut keuntungannya ke tahap rintangan 0.8710.

 

Tahap rintangan: 0.8710, 0.8855

Tahap sokongan: 0.8545, 0.8360

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 73.75. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 77.25, 79.70

Tahap sokongan: 73.75, 71.80

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia menguji tahap rintangan di 1971.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 2003.60, 2048.95

Tahap sokongan: 1971.40, 1940.00