21 Ogos 2018 Analisis Harian
Dolar merosot susulan Donald Trump mengkritik kenaikan kadar.
Indeks dolar telah meneruskan penurunannya selepas kenyataan Presiden AS yang mengkritik Fed untuk mengetatkan dasar monetari. Menurut kepada temu bual Reuters dengan Presiden AS semalam, Presiden AS telah meluahkan ketidakpuasan terhadap pengerusi Fed dalam rancangan kenaikan kadar faedah. Beliau telah menyatakan bahawa bank pusat A.S. perlu melakukan lebih banyak untuk membantunya dalam merangsang ekonomi sementara beliau juga menuduh China dan Eropah memanipulasi mata wang masing-masing. Kenyataan tersebut pun telah mencetuskan kebimbangan dengan pengaruh Presiden AS Donald Trump dalam Fed yang boleh menyebabkan pertukaran pelan dalam kenaikan kadar faedah. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.38% ke 95.40 semasa penulisan. Sementara itu, EURUSD telah menurun sebanyak 0.05% ke 1.2736 berikutan dengan perkembangan dalam negara Turki yang semakin merosot pada masa kini. Menurut kepada laporan dari Bloomberg, kedua-dua agensi penilaian kredit Standard & Poors, dan Moodys telah menyusut penarafan kredit berdaulat Turki pada hari Jumaat berikutan dengan krisis yang masih berterusan dalam negara tersebut. Selain itu, para pemerhati dalam pasaran juga mengawasi perkembangan selepas laporan mengenai tembakan telah dilancarkan di kedutaan A.S. dalam ibu negara Turki pada hari Isnin.
Dalam pasaran komoditi, Harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.08% ke $65.26 setong susulan dengan laporan mengenai China masih akan berdagang dengan Iran dalam minyak mentah. China telah mengesahkan bahawa negara tersebut masih meneruskan perdagangan dengan Iran dengan pembelian minyak mentah yang banyak walaupun dengan usaha AS untuk memujuk China untuk menghentikan sebarang perdagangan dengan Iran. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.24% ke $1192.25 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar yang kini disokong oleh pemulihan China Yuan di tengah-tengah perbincangan baru dalam perdagangan antara AS dan China dan juga kenyataan dari Presiden AS Donald Trump baru-baru ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | CAD – Wholesale Sales (MoM) (Jun) | 1.2% | 0.8% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1.2810. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2855.
Tahap rintangan: 1.2855, 1.2905
Tahap sokongan: 1.2810, 1.2735
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1520. Pergerakan harga dan MACD yang memaparkan isyarat bullish yang ketara dan berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.1520.
Tahap rintangan: 1.1520, 1.1550
Tahap sokongan: 1.1485, 1.1435
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 109.75 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 110.10.
Tahap rintangan: 110.10, 110.45
Tahap sokongan: 110.10, 109.75
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi dan kini sedang menguji berhampiran tahap rintangan 65.60. Oleh kerana kekurangan momentum dalam pasaran serta kekurangan isyarat yang jelas daripada MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul seperti pemecahan pada tahap rintangan 65.60 atau tahap sokongan 64.90.
Tahap rintangan: 65.60, 66.30
Tahap sokongan: 64.90, 64.45
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1192.00 baru-baru ini. Pergerakan harga terkini dan MACD yang menunjukkan bias bullish yang berterusan mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1198.00.
Tahap rintangan: 1198.00, 1202.00
Tahap sokongan: 1192.00, 1185.00