21 September 2018 Analisis Harian
Dolar menyusut di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan.
Dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 93.42 pada sesi awal dagangan Asia berbanding dengan enam mata wang utama sementara menyusut ke paras terendah 3 bulan sejak pertengahan bulan Jun. Penyusutan tersebut adalah disebabkan oleh ketegangan perang perdagangan dan ketidakpastian para pelabur terhadap langkah seterus yang akan diambil oleh President AS Donald Trump terhadap China selepas pembalasan China untuk mengenakan tarif ke atas $60 bilion barangan China. Beliau membuat ancaman di Twitternya pada hari Isnin di mana beliau akan mengenakan lagi satu pusingan tarif ke ats $267 bilion barangan China sekira China membalas. Kejatuhan dolar dihadkan oleh sentimen positif dari pelepasan data ekonomi US Philadelphia Fed Manufacturing Index tetapi seterusnya diikuti oleh sentimen negatif daripada data ekonomi Existing Home Sales yang mempunyai data sebenar yang lebih suram. Dalam berita lain, pound sterling telah melonjak sebanyak 0.40% ke 1.3270 selepas berita Brexit pada hari semalam di mana EU telah memberi amaran kepada Perdana Menteri UK Theresa May untuk menyerahkan isu sempadan Ireland untuk mencegah Brexit kerah. May juga membalas amaran dengan perjanjian untuk memastikan tiada isu sempadan Ireland diikuti dengan amaran bahawa Brexit keras berkebolehan untuk menjadi taktik perundingan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.10% ke $70.20 setong di tengah Tweet oleh President AS Donald Trump yang menuntut OPEC untuk mengurangkan harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.14% ke $1208.60 se troy auns disebabkan oleh penurunan indeks dolar akibat ketidakpastian dalam perang perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Sep) | 55.9 | 55.7 | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) | -0.1% | 0.6% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (Aug) | 0.2% | – | – |
| 21:45 | USD – Manufacturing PMI (Sep) | 54.7 | 55.0 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3290. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan penundurannya ke arah tahap sokongan 1.3205.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3205, 1.3090
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1.1760. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1800.
Tahap rintangan: 1.1800, 1.1840
Tahap sokongan: 1.1760, 1.1730
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 112.50. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 113.10.
Tahap rintangan: 113.10, 113.65
Tahap sokongan: 112.50, 112.20
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan 70.45. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish serta permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 69.50.
Tahap rintangan: 70.45, 71.25
Tahap sokongan: 69.50, 68.55
GOLD

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1208.45. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya memecahkan tahap rintangan 1208.45
Tahap rintangan: 1208.45, 1212.70
Tahap sokongan: 1203.30, 1196.00