83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 September 2020                           Analisis Sesi Pagi

 

Mata wang Loonie jatuh susulan data Retail Sales yang lemah.

Mata wang Loonie Kanada yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh semasa awal sesi Asia susulan dengan data Retail Sales untuk Julai yang mengecewakan baru-baru ini. Menurut kepada Statistics Canada, data Retail Sales untuk Kanada pada bulan Julai telah meningkat sebanyak 0.6% kepada $ 52.9 bilion. Keputusan tersebut adalah kurang daripada jangkaan pasaran dengan kenaikan sebanyak 1% dan juga di bawah kenaikan bulan sebelumnya sebanyak 0.7%. Pada masa yang sama, data Core Retail Sales yang tidak termasuk penjualan automatik juga memberi bacaan yang lemah dengan bacaan sebanyak -0.4% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 0.5%. Pada masa ini, mata wang Loonie masih dibebani oleh data-data yang lemah tersebut sementara para pelabur menunggu untuk lebih banyak pemangkin bagi menentukan arah selanjutnya. Pada masa penulisan, USD/CAD meningkat sebanyak 0.05% kepada 1.3200.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap disokong dan meningkat sebanyak 0.11% kepada $41.02 setong pada masa penulisan berikutan dengan jaminan dari Arab Saudi. Walaupun dengan laporan rendah dari IEA baru-baru ini, harga minyak kekal disokong disebabkan oleh Arab Saudi memberikan komitmen terhadap pengurangan pengeluaran OPEC. Arab Saudi telah mengkritik anggota kumpulan yang tidak patuh kerana cuba menipu pasaran dengan pengeluaran yang berlebihan dan memberikan tarikh akhir sehingga Disember untuk menebus sebarang pengeluaran yang berlebihan. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.02% kepada $1950.47 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah ketidakpastian yang berterusan terhadap koronavirus dan hubungan antara AS dan China terus menyokong komoditi yang selamat tersebut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22.00                     USD                      Fed Chair Powell Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 93.85.

 

Tahap rintangan: 93.85, 95.70

Tahap sokongan: 92.05, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3005 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2810.

 

Tahap rintangan: 1.3005, 1.3165

Tahap sokongan: 1.2810, 1.2660

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1875. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1775.

 

Tahap rintangan: 1.1875, 1.1965

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1700

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 104.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 105.20.

 

Tahap rintangan: 105.20, 106.20

Tahap sokongan: 104.35, 103.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7200.

 

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410

Tahap sokongan: 0.7200, 0.7075

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6775. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6685.

 

Tahap rintangan: 0.6775, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6685, 0.6595

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3230.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3115, 1.2995

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 0.9125. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9125, 0.9225

Tahap sokongan: 0.8985, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 41.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 39.00.

 

Tahap rintangan: 41.35, 43.95

Tahap sokongan: 39.00, 36.65

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan arah yang jelas dan momentum dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1970.55, 2008.05

Tahap sokongan: 1902.20, 1857.95