83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 September 2020                           Analisis Sesi Petang

 

Yen Jepun melonjak di tengah peningkatan ketidakpastian geopolitik.    

Yen Jepun, mata wang selamat utama di dunia melonjak dengan ketara pada sesi dagangan awal disebabkan oleh kebangkitan Covid-19 di Eropah dan kebuntuan Brexit terus menyokong permintaan safe haven. Pada Jumaat lalu, sebahagian besar negara-negara Eropah telah memutuskan untuk melaksanakan semula sekatan baru untuk membatasi penyebaran Coronavirus, setelah jangkitan di seluruh dunia mencapai tahap 30 juta kes sementara Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memperingatkan dunia harus tetap berhati-hati terhadap virus tersebut. Pada hari semalam, pihak berkuasa kesihatan Perancis telah melaporkan lebih daripada 10 ribu kes baru, dan ia meningkatkan kebimbangan pasaran mengenai kebangkitan Covid-19. Selain itu, kebuntuan rundingan antara EU dan UK juga mendorong para pelabur memasuki ke pasaran aset selamat. Setakat ini, kedua-dua negara tidak menunjukkan toleransi dalam perbincangan perdagangan terakhir, yang akhirnya meningkatkan kemungkinan Brexit yang tiada perjanjian. Dari segi EU, EU juga mendedahkan bahawa mereka masih pesimis sama ada kesepakatan dapat dicapai sementara mereka sudah bersedia untuk Brexit tanpa perjanjian. Pelabur kini terus memperhatikan perkembangan isu geopolitik utama ini untuk mengukur arah mata wang Yen. Semasa penulisan, pasangan mata wang USD/JPY turun 0.18% ke 104.35.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 0.36% ke $41.50 setong di tengah-tengah ribut tropika yang baru – Beta sedang menuju ke Teluk Mexico, yang diramalkan akan mempengaruhi aktiviti pengerudian minyak dengan ketara. Selain itu, harga emas naik 0.14% ke $1953.20 setroy auns kerana ketidakpastian di seluruh dunia telah meningkatkan selera pasaran terhadap aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan MA 20 (Merah) dan 50 (Biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.

 

Tahap rintangan: 93.25, 94.10

Tahap sokongan: 92.60, 92.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.3045.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3255

Tahap sokongan: 1.2840, 1.2715

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1840. MACD yang memaparkan isyarat momemtum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1890.

 

Tahap rintangan: 1.1890, 1.1950

Tahap sokongan: 1.1840, 1.1775

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 104.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 105.20, 106.15

Tahap sokongan:104.30, 103.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7330.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7405

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6780. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6835

Tahap sokongan: 0.6685, 0.6615

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3140.

 

Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3030

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintagan  di 0.9120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9050.

 

Tahap rintangan: 0.9120, 0.9200

Tahap sokongan: 0.9050, 0.8970

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 41.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 40.45.

 

Tahap rintangan: 41.50, 42.60

Tahap sokongan: 40.45, 38.70

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1926.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 2069.75.

 

Tahap rintangan: 2069.75, 2147.50

Tahap sokongan: 1926.40, 1761.65