21 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dollar melantun di tengah-tengah data Building Permits yang kuat.
Indeks dolar telah melantun dari paras rendah dan melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah data Building Permits yang melebihi jangkaannya. Data tersebut mempunyai bacaan sebanyak 1.263M, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi. Data tersebut telah memulih sentimen positif kepada pasaran dolar semasa para pelabur masih bimbang bahawa kemajuan ekonomi AS akan menjejaskan pelan Bank Pusat AS untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur. Dolar telah berjaya memulih kedudukannya sebagai aset selamat, menyebabkan pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko kepada pasaran dolar, mendorong kenaikan dolar sebanyak 0.02% ke 96.65 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan USD/CAD telah melonjak ke paras tinggi 28hb Jun selepas pasaran minyak mentah menghadapi penjualan yang besar pada semalam. Sebagai pengeksport minyak yang besar, penurunan harga minyak mentah akan mengakibatkan pengurangan permintaan terhadap dolar Kanada dan penurunan harga dolar Kanada. Pasangan tersebut telah menokok sebanyak 0.04% ke 1.3305 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 1.49% ke $54.15 setong selepas menjunam ke paras terendah setahun lebih akibat kebimbangan bahawa keputusan OPEC untuk mengurangkan pembekalan minyak tidak dapat mengimbangkan peningkatan tahap inventori minyak mentah. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.02% ke $1221.50 se troy auns selepas ia berundur dari paras tingginya akibat peningkatan permintaan terhadap dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Core Durable Goods Order (MoM) (Oct) | 0.1% | 0.4% | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales (Oct) | 5.15M | 5.20M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 96.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.00.
Tahap rintangan: 97.00, 97.30
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2800. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2740.
Tahap rintangan: 1.2800, 1.2855
Tahap sokongan: 1.2740, 1.2690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1390. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1335.
Tahap rintangan: 1.1390, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1335, 1.1290

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 112.75. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 113.05.
Tahap rintangan: 113.05, 113.50
Tahap sokongan: 112.75, 112.40

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7210. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7240.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7210, 0.7190

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6795. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6755.
Tahap rintangan: 0.6795, 0.6845
Tahap sokongan: 0.6755, 0.6710

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3290. MACD yang menunjukkan permulaan formasi negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3290.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3260

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.9955. MACD yang menunjukkan bias bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9955, 0.9990
Tahap sokongan: 0.9920, 0.9865

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 54.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 54.20, 55.90
Tahap sokongan: 52.45, 51.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1221.10. MACD yang menunjukkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1225.50, 1231.00
Tahap sokongan: 1211.10, 1216.80