22 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar berkekal mantap sempena perayaan Hari M.L.K.
Indeks dolar telah memulih momentum bullish berbanding dengan enam pasangan mata wang utama walaupun dengan pasaran yang nipis sempena dengan Hari Martin Luther King. Walaupun penggerakan pasaran masih rendah, kenaikan dolar masih didorong oleh ketidakpastian terhadap perundingan Brexit. Namun, kenaikannya telah dihadkan oleh penyusutan pertumbuhan global terutamanya di China di mana pertumbuhan ekonominya telah menyusut ke paras terendah sejak tahun 1990. Selain itu, International Monetary Fund (IMF) telah menurunkan ramalan pertumbuhan global bagi tahun 2019 dan 2020 yang telah menambah buruk sentimen di pasaran. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data dan sentimen yang selanjutnya bagi menentukan hala alirannya. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 95/95 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.03% ke 1.2885 semasa penulisan sementara Parti Labor UK telah mencadangkan pelan referendum Brexit kedua. Menurut kepada laporan, pemimpin Parti Labor Jeremy Corbyn telah mengemukakan pelan untuk memaksakan referendum kedua sambil ditekan oleh ahli Parti Labor dan juga para MP. Berita tersebut telah menambahkan ketidakpastian kerana undian yang lancar berkemungkinan untuk menterbalikkan Brexit secara keseluruhannya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.95% ke $53.66 setong semasa penulisan berikutan dengan penyusutan pertumbuhan global yang masih menghantui pasaran. Pasaran minyak mentah berkekal suram sambil tertekan oleh penyusutan ekonomi di China yang bakal mengurangkan permintaan terhadap minyak kerana China merupakan pengguna minyak yang kedua terbesar di dunia. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.18% ke $1277.99 semasa penulisan susulan dengan pengukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Average Earnings +Bonus (Nov) | 3.3% | 3.3% | – |
| 17.30 | GBP – Claimant Count Change (Dec) | 21.9K | 20.0K | – |
| 18.00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jan) | -17.5 | -18.4 | – |
| 23.00 | USD – Existing Home Sales (Dec) | 5.32M | 5.25M | – |
| 05:45 (23hb) | NZD – CPI (QoQ) (Q4) | 0.9% | 0.0% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 95.75. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 95.75.
Tahap rintangan: 96.40, 97.15
Tahap sokongan: 95.75, 95.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-50 (biru). MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunnya ke arah tahap rintangan di 1.2915.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2720

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 1.1360. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1480.
Tahap rintangan: 1.1480, 1.1565
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 110.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 109.10.
Tahap rintangan: 110.00, 111.40
Tahap sokongan: 109.10, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7155. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7230, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7115

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6715. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6800.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6680

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji semula pada tahap rintangan di 1.3300. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3060

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9985. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 0.9950.
Tahap rintangan: 0.9985, 1.0010
Tahap sokongan: 0.9950, 0.9910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 54.55. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 52.85.
Tahap rintangan: 54.55, 57.80
Tahap sokongan: 52.85, 50.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1278.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1287.00, 1296.85
Tahap sokongan: 1278.90, 1267.25