22 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Sterling susut, dolar mendatar.
Pound sterling telah didagang dengan lebih rendah pada pertengahan sesi Asia susulan dengan ketidaktentuan Brexit sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran kewangan. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.08% ke paras 1.2879. Selepas Perdana Menteri UK Theresa May mengalami kekalahan di dalam parlimen pada minggu lepas, Parti Buruh yang diketuai oleh Jeremy Corbyn telah mencadangkan pelan untuk memaksa referendum Brexit kali kedua dan ia bakal diundi di dalam parlimen pada minggu hadapan. Sekiranya majoriti daripada parlimen menyokong referendum tersebut, maka Theresa May berkemungkinan untuk dipaksa mengadakan undian Brexit kali kedua dan ia boleh memberi peluang kepada pembatalan Brexit sama sekali. Sementara itu, indeks dolar telah didagang secara rata berhampiran 95.95 sementara para pelabur memantau perkembangan dari rundingan perdagangan AS-China. Menurut kepada Wall Street Journal, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menyokong untuk memansuhkan tarif yang dikenakan ke atas barangan import China dan inisiatif ini boleh mengurangkan ketegangan diantara kedua-dua negara tersebut. Namun, Jabatan Perbendaharaan AS telah menafikan berita tersebut dan ia memberikan isyarat yang bercampuran kepada pasaran kewangan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.83% ke $53.47 setong. Harga minyak menerima tekanan menurun selepas International Meontary Fund (IMF) mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan ia memberi isyarat kepada penyusutan permintaan minyak mentah bagi jangka panjang. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.13% ke $1,278.67 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi terhadap aset berisiko tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Average Earnings +Bonus (Nov) | 3.3% | 3.3% | – |
| 17.30 | GBP – Claimant Count Change (Dec) | 21.9K | 20.0K | – |
| 18.00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jan) | -17.5 | -18.4 | – |
| 23.00 | USD – Existing Home Sales (Dec) | 5.32M | 5.25M | – |
| 05:45 (23hb) | NZD – CPI (QoQ) (Q4) | 0.9% | 0.0% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 96.10.
Tahap rintangan: 96.10, 96.50
Tahap sokongan: 95.75, 95.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2910. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2910, 1.2960
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2800

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1380, 1.1420
Tahap sokongan: 1.1330, 1.1310

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran bearish selepas ia memecahkan tahap sokongan di 109.35.
Tahap rintangan: 109.90, 110.25
Tahap sokongan: 109.35, 108.95

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7145. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.7110.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7180
Tahap sokongan: 0.7110, 0.7070

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang secara rata sementara kini sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6710. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 1.3320. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di sasaran 1.3320.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3260

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.9990.
Tahap rintangan: 0.9990, 1.0020
Tahap sokongan: 0.9950, 0.9905

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaganya di bawah 54.10. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 54.10, 55.55
Tahap sokongan: 52.75, 51.50

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaganya di bawah tahap sokongan 1280.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1273.55.
Tahap rintangan: 1280.00, 1284.35
Tahap sokongan: 1273.55, 1263.20