22 Mac 2017 Analisis Harian
Dolar diperhatikan menjelang ucapan pegawai-pegawai Fed.
Dolar AS didagang lebih tinggi semasa waktu dagangan Asia hari ini sebagai peserta pasaran menjangkakan pandangan lebih agresif daripada pegawai-pegawai utama Fed mengenai kenaikan kadar faedah masa depan. Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengandaikan bahawa beliau membayangkan lebih daripada 3 kali kenaikan kadar faedah tahun ini kerana ekonomi AS dijangkakan lebih kukuh daripada ramalan. Setakat pagi ini, indeks dolar AS kekal stabil di sekitar 99.58, terhenti penurunan semalaman selepas ditekan ke bawah oleh pound dan euro yang lebih kukuh. Di rantau lain, mata wang euro telah jatuh 0.10% kepada $1.0799 berbanding dolar AS kerana para pelabur bermula untuk mengambil keuntungan mereka selepas EUR/USD mencecah paras tertinggi dalam tempoh masa 7 minggu pada $1.0819. Mata wang euro ini mendapatkan sokongan di pertengahan keyakinan yang lebih tinggi terhadap pagar Emmanuel Macron menangkis lawan utamanya, Marine Le Pen semasa pusingan utama pilihan raya presiden Perancis.
Selain itu, harga minyak mentah menurun 8 sen kepada $48.16 setong berikutan peningkatan stok minyak mentah AS yang lebih daripada jangkaan minggu lepas. Sementara itu, harga emas telah menurun 0.10% kepada $1,244.82 semasa waktu dagangan Asia sebagai pengambilan keuntungan para pelabur selepas ia melonjak 1.18% semalaman.
Pasaran Cuti Hari ini
Time Market Event
N/A
Acara Kemuncak Hari ini
Time Market Event
04:00 NZD RBNZ Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
22:00 | USD – Existing Home Sales (Feb) | 5.69M | 5.57M | – |
22:30 | Crude Oil – Crude Oil Inventories | -0.237M | 2.801M | – |
04:00 | NZD – RBNZ Interest rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
DOLLAR_INDX
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar baru-baru ini telah membentuk corak ‘Head & Shoulder’ berikutan pengunduran sebelum ini daripada tahap rintangan 101.60. Kini, ia sedang berlegar di atas garisan leher corak itu pada tahap sokongan 99.40. Penutupan harganya di bawah tahap ini akan mencadangkan penurunan selanjutnya sehingga tahap sokongan seterusnya pada 98.20, Jika tidak, pemulihan daripada tahap sokongan 99.40 akan mencadangkan indeks dolar untuk didagang lebih tinggi dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 100.55, 101.60, 103.80
Tahap sokongan: 99.40, 98.20, 96.90
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD telah meningkat lebih tinggi berikutan pemulihan sebelum ini daripada garisan MA 20 (Merah). Merujuk kepada penunjuk MACD yang mana kedua-dua garisan pergerakannya menuju ke atas dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, manakala kedua-dua garisan MA pula terus mengembang ke atas selepas pembentukan corak silang emas, GBPUSD dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya selepas harganya ditutup di atas tahap rintangan 1.2505.
Tahap rintangan: 1.2505, 1.2570
Tahap sokongan: 1.2450, 1.2380
EURUSD
EURUSD, H1: EURUSD didagang lebih rendah berikutan pengunduran daripada tahap rintangan kuat pada 1.0820. Merujuk kepada penunjuk MACD, kedua-dua garisan pergerakannya melintasi dan menuju ke bawah baru-baru ini mencadangkan EURUSD untuk menurun lagi kepada sasaran tahap sokongan 1.0775.
Tahap rintangan: 1.0820, 1.0860
Tahap sokongan: 1.0775, 1.0730
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY melanjutkan penurunannya berikutan penutupan harganya di bawah tahap sokongan 112.45 sebelum ini. Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang terus mengembang ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian, USDJPY dijangkakan menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 111.40.
Tahap rintangan: 111.95, 112.45
Tahap sokongan: 111.40, 110.90
CrudeOIL
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah baru-baru ini telah memecah keluar dari paras terendah julat dagangannya, memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menurun selanjutnya. Kedua-dua garisan MA pula melanjutkan pengembangannya sambil menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian, ia dijangkakan untuk menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan kuat pada 48.05.
Tahap rintangan: 48.45, 48.85, 49.35
Tahap sokongan: 48.05, 47.65
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas melanjutkan kenaikannya berikutan pemulihan sebelum ini daripada garisan MA 20 (Merah). Merujuk kepada penunjuk MACD yang menunjukkan isyarat menaik dengan kedua-dua garisan pergerakannya menuju ke atas dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, harga emas dijangkakan untuk menaik selanjutnya selepas harganya ditutup di atas tahap rintangan 1247.60.
Tahap rintangan: 1247.60, 1260.10
Tahap sokongan: 1238.40, 1224.60