22 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Apakah yang bakal berlaku kepada Brexit?
Dolar AS telah menokok sedikit pada pertengahan sesi Asia sementara pound sterling meneruskan kenaikannya berlatarbelakangkan perkembangan Brexit di UK. Menurut kepada Reuters, Perdana Menteri UK Theresa May menerima keputusan zon EU untuk menangguhkan Brexit dan beliau menyatakan bahawa ahli parlimen di UK mempunyai pilihan yang jelas mengenai apa yang harus dilakukan seterusnya. Britain akan meninggalkan zon EU tanpa perjanjian pada April 12 sekiranya ahli Parlimen UK menolak perjanjian Brexit May pada minggu depan. Selain itu, EU juga memberi May penangguhan untuk dua bulan sekiranya beliau memenangi undian parlimen tersebut pada minggu hadapan. Walaubagaimanapun, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad sementara para pelabur mencerna data ekonomi yang positif dari AS pada semalam. Kedua-dua data Initial Jobless Claims dan Philadelphia Fed Manufacturing Index telah memberikan bacaan yang optimis dan ia telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap risiko kemelesetan ekonomi di rantau tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.20% ke 95.75 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.23% ke 1.3137.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara tipis berdekatan $59.83 setong. Harga minyak berlegar di paras tinggi berlatarbelakangkan pelan pemotong OPEC. Namun, keuntungan yang dialaminya adalah terhad susulan dengan pandangan bearish terhadap pertumbuhan ekonomi global. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,309.09 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | EUR – German Manufacturing PMI (Mar) | 47.6 | 48.0 | – |
| 20.30 | CAD – Core CPI (MoM) (Fed) | 0.3% | – | – |
| 20.30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) | -0.5% | 0.2% | – |
| 22.00 | USD – Existing Home Sales (Feb) | -1.2% | 2.2% | |
| 01.00 (23hb) | CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 833 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 95.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 95.70.
Tahap rintangan: 96.10, 96.40
Tahap sokongan: 95.70, 95.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelumnya di 1.3130. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3295
Tahap sokongan: 1.3130, 1.3065

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1425
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1315

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.85. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 110.85.
Tahap rintangan: 110.85, 111.10
Tahap sokongan: 110.60, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7120. MACD yang memaparkan bias bearish serta isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7145
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6865. MACD yang memaparkan bias bullish serta isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 0.6900.
Tahap rintangan: 0.6900, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6840

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pembetulannya dan menuju ke arah 1.3345.
Tahap rintangan: 1.3405, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3345, 1.3290

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di 0.9930.
Tahap rintangan: 0.9930, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9870, 0.9805

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 59.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 60.25.
Tahap rintangan: 60.25, 61.25
Tahap sokongan: 59.70, 59.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1310.35. MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1300.25.
Tahap rintangan: 1310.35, 1315.00
Tahap sokongan: 1300.25, 1292.05