83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Mac 2023                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS berlarutan menjelang keputusan kadar faedah Fed.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berlegar berhampiran paras terendah 6 minggu kerana peserta pasaran sedang menunggu keputusan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan. Pada minggu ini, akan ada beberapa mesyuarat bank pusat yang telah dijadualkan, di mana keputusan kadar Fed menjadi tumpuan antara kesemua mesyuarat. Pada masa tertentu, CME FedWatch Tool menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk kenaikan kadar 25 mata asas adalah pada 87.1%, manakala selebihnya ialah peluang Fed mengekalkan kadar faedah pada tahap semasa. Sebelum itu, majoriti pelabur bertaruh bahawa Fed akan mengambil langkah ke belakang daripada dasar monetari yang ketat di tengah-tengah kejatuhan bank. Bagaimanapun, situasi itu telah terbalik selepas Rizab Persekutuan menawarkan sesiri sokongan kepada sektor perbankan. Fed telah mencapai kesepakatan dengan bank pusat utama lain untuk melaksanakan ‘swap lines’ untuk mengelak krisis, di mana bank pusat menawarkan operasi dolar AS 7 hari secara harian. Sebelum itu, Rizab Persekutuan juga telah meluaskan kunci kira-kiranya dengan menawarkan pembiayaan baharu tambahan kepada bank-bank yang kekurangan tunai untuk mengharungi kesusahan. Secara keseluruhan, pelabur-pelabur masih menunggu keputusan kenaikan kadar Fed. Sehingga penulisan, indeks dolar turun -0.06% ke 103.20.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 2.39% ke $69.30 setong apabila kebimbangan pasaran terhadap krisis perbankan reda. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1941.55 setiap troy auns sementara pelabur sedang menunggu keputusan kadar faedah Fed.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:45                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

02:00                     USD                                        FOMC Economic Projections

(23th)

02:00                     USD                                        FOMC Press Conference

(23th)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – CPI (YoY) (Feb) 10.1% 9.9%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.550M -1.565M
02:00

(23th)

USD – Fed Interest Rate Decision 4.75% 5.00%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 101.25.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2200. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2345.

 

Tahap rintangan: 1.2345, 1.2470

Tahap sokongan: 1.2200, 1.2105

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0770, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0665, 1.0575

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 130.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 133.05.

 

Tahap rintangan: 133.05, 135.20

Tahap sokongan: 130.70, 127.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6150.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3635. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3730.

 

Tahap rintangan: 1.3730, 1.3830

Tahap sokongan: 1.3635, 1.3565

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9320, 0.9475

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9070

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 66.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 71.65.

 

Tahap rintangan: 71.65, 76.10

Tahap sokongan: 66.10, 61.45

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1944.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1985.90, 2042.60

Tahap sokongan: 1944.60, 1900.00