22 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut sementara kerugiannya adalah terhad.
Dolar AS susut pada awal pagi ini sementara beberapa pasaran kewangan global dibuka semula selepas ia ditutup sempena cuti Hari Good Friday. Semasa penulisan, indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.10% ke 97.07. Secara keseluruhannya, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad sementara mata wang tersebut menerima sokongan daripada sentimen optimis terhadap ekonomi AS. Pada hari Khamis lepas, data terkini memaparkan bahawa jualan runcit telah bertumbuh dengan kadar yang terpantas semenjak satu tahun setengah yang lepas bagi bulan Mac. Data tersebut mencadangkan bahawa perbelanjaan pengguna adalah masih kukuh dan ia bakal memberi sokongan kepada pertumbuhan inflasi di AS. Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat bank pusat di Jepun dan Kanada bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai pandangan ekonomi global. Selain itu, para pelabur juga akan memantau rundingan perdagangan diantara AS dan China yang makin bertambah baik untuk tempoh kebelakangan ini. Apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.05% ke 1.2995 sementara EUR/USD menurun sebanyak 0.03% ke 1.1242.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.50% ke $64.28 setong. Harga minyak masih kekal disokong oleh sentimen bullish susulan dengan penurunan pada pembekalan minyak di Arab Saudi dan inventori minyak di AS. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,276.51 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari AUD Easter Monday
Sehari GBP Easter Monday
Sehari CHF Easter Monday
Sehari NZD Easter Monday
Sehari EUR Easter Monday (Germany)
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:45 | USD – Manufacturing PMI (Apr) | 52.4 | 53.6 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Mar) | 5.51M | 5.31M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah dibuka dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.30, 97.65
Tahap sokongan: 97.00, 96.75

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.3000. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2900.
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3120
Tahap sokongan: 1.2900, 1.2805

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1245. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1285
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi diantara 111.75 dan 112.20. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.75, 111.45

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap 0.7150. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7130.
Tahap rintangan: 0.7150, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7130, 0.7110

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang secara rata di dalam lingkungan 0.6695 dan 0.6670. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6670.
Tahap rintangan: 0.6695, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6670, 0.6630

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3435
Tahap sokongan: 1.3370, 1.3340

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas 1.0100. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.0190.
Tahap rintangan: 1.0190, 1.0265
Tahap sokongan: 1.0100, 1.0055

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 64.65.
Tahap rintangan: 64.65, 66.00
Tahap sokongan: 63.70, 63.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1275.30. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1284.15, 1295.65
Tahap sokongan: 1275.30, 1267.00