22 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar meningkat akibat dengan data positif.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa pasaran kekal optimis terhadap kekukuhan ekonomi AS. Walaupun dengan perdagangan yang lembap susulan dengan perayaan Easter, dolar tetap disokong oleh pertumbuhan hasil bon perbendaharaan AS dan juga data ekonomi yang positif seperti penjualan runcit bagi bulan Mac yang telah memaparkan isyarat pertumbuhan dalam ekonomi tersebut. Sementara kebanyakan pasaran ditutup berikutan dengan perayaan Easter hari ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada data seperti Existing Home Sales dan perkembangan selanjutnya yang boleh mencetuskan momentum yang lebih besar dalam pasaran. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.05% ke 97.01 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan USD/CAD telah menurun sebanyak 0.20% ke 1.3363 semasa penulisan semasa sentimen bagi Loonie masih positif akibat dengan peningkatan harga minyak mentah dan data yang positif. Minyak mentah WTI yang merupakan eksport terutama bagi Kanada telah meningkat ke paras tertinggi dalam lima bulan. Selain itu, data Core Retail Sales dan Core CPI bagi Kanada pada minggu lepas yang melebihi jangkaan ekonomis telah melanjutkan sentimen optimis terhadap perkembangan ekonomi Kanada.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 2.44% ke $65.55 setong semasa penulisan berikutan dengan penghentian pengecualian sekatan terhadap Iran. Menurut kepada laporan terkini, Washington telah menyatakan bahawa segala import minyak Iran mesti dihentikan atau dikenakan sekatan daripada AS. Sekatan terkini bakal melanjutkan pengurangan bekalan minyak dalam pasaran dan telah mencetuskan sentimen positif terhadap komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.28% ke $1279.20 se troy auns susulan dengan peningkatan terhadap permintaan aset selamat akibat dengan risiko global seperti perang perdagangan yang belum diselesaikan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari AUD Easter Monday
Sehari GBP Easter Monday
Sehari CHF Easter Monday
Sehari NZD Easter Monday
Sehari EUR Easter Monday (Germany)
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:45 | USD – Manufacturing PMI (Apr) | 52.4 | 53.6 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Mar) | 5.51M | 5.31M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.60, 98.05
Tahap sokongan: 97.00, 96.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3010. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih tinggi kembali ke tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2935, 1.2850

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1230. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1230, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berdekatan tahap rintangan di 112.00. Oleh kerana kekurangan momentum daripada MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 112.00, 112.40
Tahap sokongan: 111.45, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.7130. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7180
Tahap sokongan: 0.7130, 0.7095

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6670. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6670, 0.6630

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3355. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3295

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.0115.
Tahap rintangan: 1.0160, 1.0225
Tahap sokongan: 1.0115, 1.0070

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 64.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 66.00.
Tahap rintangan: 66.00, 67.35
Tahap sokongan: 64.65, 63.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1274.10. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan isyarat ‘positive divergence’ mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1286.50.
Tahap rintangan: 1286.50, 1295.65
Tahap sokongan: 1274.10, 1268.00