83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Mei 2017                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 22– 26

Kajian Pasaran (Forex): Mei 15 – 19

Dolar A.S.

Dolar A.S. melanjutkan kerugiannya pada Jumaat lalu sambil mencatat penurunan yang terbesar di dalam masa setahun selepas ketidaktentuan politik yang menyelubungi pentadbiran Trump masih menguasai sentimen pasaran.

 

Indeks dolar mengakhiri minggu lalu dengan 0.79% lebih rendah sambil berlegar berhampiran paras rendah enam bulan di 97.00 manakala ia telah memberikan segala keuntungan yang di buat selepas pilihan raya Amerika Syarikat pada November lalu. Untuk minggu lepas, indeksnya telah menjunam sebanyak 2.2% sambil mencatat kerugian yang terbesar sejak bulan Julai lepas. Untuk setakat ini, indeks telah menurun lebih daripada 5% daripada paras tinggi 14 tahun di 103.82 sejak 3hb Januari selepas para pelabur kehilangan keyakinan mereka terhadap agenda perdagangan Trump.

 

Dolar A.S. menerima tekanan menjual yang menyeluruh selepas laporan menunjukan bahawa seorang penasihat dari White House adalah individual yang diperlukan di dalam siasatan atas campur tangan Rusia di dalam pilihan raya tahun lalu. Justice Department telah melantik bekas pengarah FBI sebagai peguam khas untuk menyiasat pakatan diantara kempen Trump dan Rusia.  Keseluruhan sentimen telah menjadi pesimis terhadap Amerika Syarikat selepas ketidaktentuan politik berkemungkinan untuk melambatkan usaha Trump untuk meluluskan rang undang-undang bagi agenda ekonominya seperti pembaharuan sistem cukai dan perbelanjaan fiskal yang tinggi.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.2% ke 111.25 sambil mencatat penurunan pertama di dalam tempoh lima minggu selepas ia mencatat kerugian sebanyak 1.82% untuk minggu lalu.

 

EUR/USD

Euro menyentuh paras tinggi enam bulan pada Jumaat lepas dengan pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.95% ke $1.1207. Euro telah kekal disokong selepas para pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada prospek dasar monetari dari Bank Pusat Eropah berikutan dengan risiko politik yang telah reda dan data ekonomi terkini yang menunjukan pemulihan prestasi ekonomi di blok mata wang tersebut.

 

GBP/USD

Great British Pound meningkat sebanyak 0.72% ke $1.3034 sambil mengakhiri minggu lalu dengan keuntungan sebanyak 1.16%.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 15 – 19

GOLD

Harga emas meningkat selanjutnya pada Jumaat lalu sambil mencatat keuntungan mingguan terbesar sejak pertengahan bulan April selepas ketidaktentuan politik yang menyelubungi Trump telah meletakkan tekanan pada dolar A.S. dan meningkatkan permintaan untuk logam berharga. Harga emas semasa meningkat sebanyak 0.21% ke $1,255.27 semasa dagangan lewat Jumaat lalu. Mata wang dolar A.S. menerima tekanan menjual yang menyeluruh selepas penasihat kanan White House adalah salah satu individual yang terbabit di dalam siasatan Trump-Rusia.

 

Sentimen pelabur telah dilanda dengan kebimbangan akan sistem politik di A.S. yang berkemungkinan dilanda dengan krisis akan menghalang penggubal undang-undang untuk meluluskan sistem cukai baru atau perbelanjaan fiskal yang tinggi. Ketidakpastian yang lebih tinggi dan risiko di dalam pasaran akan menyokong harga emas sebagai salah satu aset selamat selain daripada Yen Jepun.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah diselesaikan dengan berdekatan dengan paras tinggi empat minggu selepas harganya melambung sebanyak 5% untuk minggu lalu berikutan dengan keyakinan yang lebih tinggi terhadap pengeluar utama untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak mentah yang akan berakhir pada bulan Jun nanti. Harganya meningkat sebanyak 2% pada Jumaat lepas sambil mengakhiri minggu lalu di paras $50.33 setong. Ia telah ditutup di atas paras $50 buat pertama kali di dalam tempoh masa empat minggu.

 

Menteri minyak dari Organization of the Petroleum Exporting Countries dan pengeluar yang lain akan bertemu di Vienna pada 25hb Mei bagi memutuskan sama ada pelan pembekuan tersebut akan dilanjutkan selepas tarikh akhir pada 30hb Jun. Penganalisis Pasaran menjangka kartel minyak tersebut untuk melanjutkan pemotongan sebanyak sembilan bulan lagi sehingga Mac 2018.

 

Selain daripada itu, data dari pembekal perkhidmatan tenaga Baker Hughes telah menunjukan peningkatan pada jumlah pelantar minyak yang aktif di A.S. untuk minggu ke-18 berturut-turut. Kiraan pelantar telah meningkat sebanyak 8 sehingga ke 720, tahap tertinggi sejak April 2015.


 

U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 8 dan jumlah keseluruhan kini di paras 720.

 

Pandangan Mingguan: Mei 22 – 26

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada minit mesyuarat dari Bank Pusat A.S. yang bakal dilepaskan pada hari Rabu untuk petunjuk baru mengenai tempoh kenaikan kadar faedah. Selain itu, data pertumbuhan dari A.S. dan kajian sektor swasta dari zon Eropah akan menjadi tumpuan kebanyakan para pelabur juga.

 

Bagi pedagang minyak, para peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada mesyuarat diantara para ahli dan bukan ahli OPEC pada hari Khamis untuk sebarang pengumuman mengenai lanjutan pelan pembekuan mereka. Selain itu, maklumat mingguan mengenai stok simpanan dari A.S. bagi produk minyak mentah dan bahan bakar pada hari Selasa dan Rabu juga akan mendapat perhatian orang ramai.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 22 – 26

Isnin, Mei 22  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mei 23  

Data

EUR – German GDP (QoQ ) (Q1)

EUR – German Manufacturing PMI (May)

EUR – German Ifo Business Climate Index (May)

EUR – Manufacturing PMI (May)

EUR – Markit Composite PMI (May)

EUR – Services PMI (May)

USD – New Home Sales (Apr)

Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

GBP – Inflation Report Hearings

 

Rabu, Mei 24  

Data

USD – Existing Home Sales (Apr)

CAD – BoC Interest Rate Decision

Crude Oil – Crude Oil Inventories

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

USD – FOMC Meeting Minutes

 

Khamis, Mei 25  

Data

GBP – Business Investment (QoQ) (Q1)

GBP – GDP (QoQ) (Q1)

 

Acara

Crude Oil – OPEC Meeting

 

 

Jumaat, Mei 26

 

 

Data

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr)

USD – GDP (QoQ) (Q1)

USD – Michigan Consumer Sentiment (May)

Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: Mei 22 – 26

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar memecah keluar dari paras bawah saluran menurun baru-baru ini, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 96.90.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.90

Tahap sokongan: 96.90, 95.85

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di tahap sokongan 1.2985. Petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menaik mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 1.3130, 1.3270

Tahap sokongan: 1.2985, 1.2855

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 110.60 dan kini sedang menguji di garisan 60-moving average (hijau). Penutupan niaga di atas garisan tersebut akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan momentum menaiknya ke sasaran tahap rintangan di 112.15.

 

Tahap rintangan: 112.15, 113.40

Tahap sokongan: 110.60, 108.10

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik yang ketara, penutupan niaga di atas tahap rintangan 1.1260 akan mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1365

Tahap sokongan: 1.1145, 1.0975

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji berdekatan dengan paras atas segi tiga tersebut. Pengunduran dari tahap ini akan mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke sasaran tahap sokongan di 1240.70. Walaubagaimanapun, pemecahan keluar dari tahap ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran harga emas untuk menaik selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1263.15, 1295.80

Tahap sokongan: 1240.70, 1216.60

 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup niaganya di atas kedua-dua garisan moving average dan tahap 61.8 Fibonacci retracement. Oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menaik, ia dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 52.80.

 

Tahap rintangan: 52.80, 55.20

Tahap sokongan: 50.85, 49.50