22 Mei 2018 Analisis Harian
Kenaikan dolar dihentikan selepas Euro melantun.
Dolar AS telah berundur dari paras tinggi lima bulannya selepas sokongan bullish menyusut akibat daripada pemulihan ketara mata wang Euro dari paras rendah bulanan. Indeks dolar yang mengukur kekukuhannya apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain telah mencatat kerugian sebanyak 0.15% ke paras 93.40 semasa penulisan. Semasa sesi Asia semalam, dolar telah menerima sedikit sokongan bullish selepas Setiausaha AS Steven Mnuchin menyeru untuk menghentikan ketegangan perdagangan diantara AS-China dan ia telah mencetuskan arus pembelian yang tinggi ke atas dolar apabila dibandingkan dengan mata wang selamat Yen Jepun. Namun, aliran dolar telah bertukar kepada bearish apabila pasaran memasuki sesi Amerika Utara susulan dengan para pelabur yang beralih kembali kepada pasaran ekuiti Euro selepas ia dijual dengan mendadak berikutan dengan risiko politik yang tinggi dari Itali. Pembentukan kerajaan gabungan diantara Five-Star Movement dan League yang mencadangkan perbelanjaan kerajaan yang tinggi boleh menjejaskan kedudukan kredit Itali. Pasangan EUR/USD telah didagang secara tipis berdekatan $1.1791 semasa sesi Asia.
Beralih kepada pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.19% ke $72.42 setong selepas para pelabur mula untuk mengaut keuntungan dari kenaikan harganya selepas ia mencapai paras tinggi tiga tahun setengah di $72.65 pada semalam. Aliran bullish tersebut telah dipacu selepas pilihanraya Venezuela pada hari mingguan yang lalu dianggap tidak sah dan ia telah mencetuskan kemungkinan yang lebih tinggi di mana sekatan AS akan dikenakan ke atas eksport minyak mereka. Sementara itu, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.03% ke $1,292.61 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day HKD Hong Kong – The Birthday of the Buddha
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:15 GBP BoE Gov Carney Speaks
17:00 GBP Inflation Report Hearings
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (May) | 4 | 2 | – |
| 20:30 | CAD – Wholesale Sales (MoM) (Mar) | -0.8% | 0.9% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 4.854M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap psikologi 1.3400. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan kerugiannya selepas itu, sejajar dengan garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 1.3505, 1.3600
Tahap sokongan: 1.3400, 1.3245
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1725. Pembentukan isyarat menaik dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1790. Namun, arah aliran jangka panjang adalah masih berpihak kepada bias bearish.
Tahap rintangan: 1.1790, 1.1870
Tahap sokongan: 1.1725, 1.1665
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaga di bawah sasaran 111.00. Pembentukan isyarat negative divergence dari MACD histogram baru-baru ini mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 111.00, 111.65
Tahap sokongan: 110.55, 109.90
CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan aliran bullish selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA tersebut yang masih melebar ke atas mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 73.80.
Tahap rintangan: 73.80, 77.75
Tahap sokongan: 68.60, 66.10
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah memasuki semula ke dalam saluran sisi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1282.50. Pembentukan isyarat menaik dari MACD histogram mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah tahap rintangan di 1295.70.
Tahap rintangan: 1295.70, 1301.90
Tahap sokongan: 1287.50, 1282.50