22 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Pound ditekan oleh ketidakpastian Brexit.
Pound sterling telah mengalami penggerakan yang ketara di dalam pasaran di tengah-tengah keadaan Brexit di mana pasangan GBP/USD telah melonjak sebanyak 1000 mata asas sebelum ia menjunam kembali ke paras rendahnya pada hari semalam. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri UK Theresa May telah mengesahkan bahawa kerajaan UK akan membenarkan ahli parlimen untuk mengundi referendum kedua. Sebelum undian referendum tersebut adalah undian Brexit keempat pada minggu 3hb Jun. Terdahulu, PM May telah menegaskan bahawa perjanjian Brexit terkini merangkumi dasar perdagangan bebas serta perdagangan tanpa masalah di antara sempadan UK-EU sambil mendesak ahli parlimen untuk menyokong draf Brexitnya dan menekankan bahawa Brexit tidak akan terjadi tanpa sokongan diantara parti. Namun, para pelabur kini bimbang bahawa draf Brexit terkini tidak mempunyai perubahan yang penting berbanding dengan draf terdahulu dan menjangkakan undian terbaru akan menolak draf tersebut terutamanya selepas pemimpin parti pembangkang Jeremy Corbyn menyatakan bahawa mereka tidak akan menyokong pelan Brexit May. Sementara menunggu berita Brexit, para pelabur kini akan memberi fokus kepada data CPI UK pada hari ini. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 97.84 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.07% ke 1.2713 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.64% ke 62.55 setong di tengah-tengah peningkatan stok minyak. Menurut kepada American Petroluem Institute (API), inventori minyak AS telah meningkat ke 2.4 juta tong, tersasar dengan ramalan ekonomis untuk menurun sebanyak 600K tong. Selain itu, pasaran minyak juga ditekan oleh usaha Arab Saudi untuk mengimbangkan pasaran minyak global. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.08% ke $1273.55 se troy auns susulan dengan peningkatan selera risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 EUR ECB President Draghi Speaks
Tentative GBP Inflation Report Hearings
02:00 (23rd) USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (Apr) | 1.9% | 2.2% | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.6% | 0.9% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.431M | -0.599M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 97.60.
Tahap rintangan: 98.00, 98.50
Tahap sokongan: 97.60, 97.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.2695. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.2795.
Tahap rintangan: 1.2795, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2620

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1175. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1145.
Tahap rintangan: 1.1175, 1.1215
Tahap sokongan: 1.1145, 1.1115

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 110.35.
Tahap rintangan: 110.90, 111.50
Tahap sokongan: 110.35, 109.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang secara rata selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6860. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 0.6910 atau tahap sokongan 0.6860 adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6910, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6860, 0.6825

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6515. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6460.
Tahap rintangan: 0.6515, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6460, 0.6420

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3415. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3415, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3380, 1.3345

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0125.
Tahap rintangan: 1.0125, 1.0160
Tahap sokongan: 1.0045, 1.0005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 62.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 61.20.
Tahap rintangan: 62.80, 63.80
Tahap sokongan: 61.20, 60.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1269.40. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan di 1274.25.
Tahap rintangan: 1274.25, 1279.10
Tahap sokongan: 1269.40, 1262.75