22 Jun 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. susut selepas pasaran ekuiti terkandas.
Dolar A.S. berundur dari paras tinggi sebulan berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Khamis selepas saham Wall Street yang mengalami kerugian telah mendorong para pelabur untuk mengaut keuntungan mereka yang terikat dengan jangkaan kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun ini. Indeks dolar menurun sebanyak 0.20% ke 97.15, susut dari paras tinggi sebulan iaitu 97.50. Pada minggu lalu, Bank Pusat A.S. telah meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas seperti yang telah dijangkakan manakala Pengerusinya Janet Yellen telah menolak tanda-tanda kelembapan tekanan inflasi dan ia telah memangkinkan prospek bagi bank pusat tersebut mengikuti rancangan untuk mempunyai tidak kenaikan kadar di dalam tahun 2017. “Dolar telah ditekan oleh penjualan di pasaran ekuiti manakala para pelabur masih mencerna kenyataan yang telah diberikan oleh Yellen,” kata Jason Leinward, ahli strategi forex. Pada masa yang sama, pound sterling mengukuhkan kedudukannya pada hari ini selepas pengerusi ekonomi bagi Bank Pusat England Andy Haldane menyatakan bahawa beliau bakal menyokong untuk kenaikan kadar faedah British di dalam tahun ini. Selain itu, para pelabur juga akan memantau perkembangan politik di Britain di mana Perdana Menteri Parti Konservatif Theresa May masih di dalam perbincangan dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara untuk membentuk kerajaan baru. Pasangan GBP/USD mencatat peningkatan sebanyak 0.03% ke $1.2675 pada sesi dagangan Asia.
Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.33% ke $42.67, berhampiran dengan paras rendah 10 bulan iaitu $42.02. Walaupun Energy Information Administration telah melaporkan penurunan pada stok simpanan minyak mentah dan petrol, para pelabur masih menumpu kepada isyarat yang menunjukan bahawa pelan pemotongan pengeluaran yang diketuai oleh OPEC telah memberikan keputusan ketara dalam mengakhiri kelebihan stok global. Bagi pasaran emas, harga aset tersebut meningkat sebanyak 0.69% ke $1,252.01 selepas harga minyak yang murah telah mengakibatkan penjualan pada pasaran saham sambil meningkatkan permintaan bagi aset selamat selepas pelabur bertindak untuk mengelakkan risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Acara Pasaran
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Acara Pasaran
05:00 NZD RBNZ Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
05:00 | NZD – RBNZ Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | 1.75% |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 237K | 240K | – |
20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | -0.2% | 0.7% | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD didagang di dalam saluran menurun dan ia telah berundur dari garisan 20-moving average (merah). Ia dicadangkan untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran tahap sokongan di 1.2630 pada jangka pendek. Selain itu, ia dicadangkan untuk kekal didagang di dalam saluran menurun tersebut melainkan pemecahan berlaku dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 1.2710, 1.2800
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2550
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1.1170 akan mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kenaikannya ke paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1205
Tahap sokongan: 1.1140, 1.1100
USDJPY
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 111.60 sambil menutup niaganya di bawah garisan 20-moving average (merah). USDJPY dijangka untuk melanjutkan penurunannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 110.90.
Tahap rintangan: 111.60, 112.10
Tahap sokongan: 110.90, 110.30
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Lantunan tersebut mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke tahap rintangan 43.00. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan dagangannya di dalam saluran menurun melainkan ia memecah keluar dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 43.00, 44.20
Tahap sokongan: 42.00, 41.00
GOLD
GOLD_, H1: Harga emas telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Penutupan niaga di atas tahap Fibonacci 23.6 di 1250.10 baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1256.00.
Tahap rintangan: 1256.00, 1260.70
Tahap sokongan: 1250.10, 1247.00