22 Julai 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie jatuh susulan peningkatan dalam kes covid.
Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal ditekan dan jatuh susulan dengan jangkitan Australia mencapai tahap tertinggi 10 bulan dan mencetuskan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Australia. Mengikuti perkembangan terbaru, New South Wales Australia mencatatkan jangkitan harian tertinggi pada 122 sejak wabak ini bermula pada bulan Jun. Dengan keadaan koronavirus yang semakin teruk di NSW, negeri-negeri jiran seperti Queensland telah merancang untuk menutup sempadannya ke NSW dan menetapkan semula peraturan jarak sosial. Perdana Menteri New South Wales Gladys Berejiklian juga memberi amaran bahawa jumlah kes boleh meningkat lebih tinggi. Dari segi data, data yang lemah juga menambah tekanan penjualan untuk pasangan ini. Data NAB Business Confidence untuk suku kedua telah menyusut kepada 17, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 21. Pada saat penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.11% kepada 0.7345.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.11% kepada $70.01 setong semasa penulisan walaupun dengan peningkatan dalam inventori minyak A.S. Menurut kepada EIA, inventori minyak mentah meningkat sebanyak 2.108 juta tong, bertentangan dengan jangkaan pasaran dengan penurunan sebanyak -4.466 juta tong. Walaupun begitu, pasaran kekal optimis dan terus mempertaruhkan terhadap pemulihan dalam penggunaan bahan bakar. Selain itu, JPMorgan juga menjangkakan permintaan minyak mentah akan melambung pada 99.6 juta tong sehari yang lebih tinggi daripada suku pertama. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.31% kepada $1797.95 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19.45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20.30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 19.45 | EUR – Deposit Facility Rate (Jul) | -0.50% | -0.50% | – |
| 19.45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
| 19.45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20.30 | USD – Initial Jobless Claims | 360K | 350K | – |
| 22.00 | USD – Existing Home Sales (Jun) | 5.80M | 5.90M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 92.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 93.10, 93.45
Tahap sokongan: 92.70, 92.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3735. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3735, 1.3890
Tahap sokongan: 1.3575, 1.3470

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.1785. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1880.
Tahap rintangan: 1.1880, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1785, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 110.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 109.70.
Tahap rintangan: 110.40, 111.00
Tahap sokongan: 109.70, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7340. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7415.
Tahap rintangan: 0.7415, 0.7485
Tahap sokongan: 0.7340, 0.7245

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6925. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2565. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2675.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2565, 1.2470

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9135.
Tahap rintangan: 0.9195, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 70.85. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 70.85, 74.60
Tahap sokongan: 68.40, 66.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1792.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1814.80, 1831.85
Tahap sokongan: 1792.10, 1762.20