22 Ogos 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. ditekan oleh ketidaktentuan pasaran.
Dolar A.S. berayun di paras keuntungan dan kerugian pada hari Selasa ini sementara para pelabur memperhatikan ketegangan geopolitik yang diperbaharui di Semenanjung Korea berikutan dengan latihan ketenteraan A.S. bersama Korea Selatan. Indeks dolar disebut niaga berhampiran dengan 92.95 berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama yang lain. Semalaman, dolar A.S. merosot berbanding dengan mata wang selamat selepas A.S. dan Korea Selatan memulakan latihan tentera simulasi komputer yang mempertaruhkan tindak balas dari pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un yang melihat latihan sebegini sebagai ancaman. Di samping itu, dolar A.S. juga mengalami tekanan yang selanjutnya berikutan dengan ketidaktentuan yang menyelubungi agenda ekonomi Presiden Donald Trump dan kemampuan Bank Pusat A.S. untuk meningkatkan kadar faedah bagi kali ketiga di dalam tahun ini. Di rantau yang lain, pound sterling dan euro memangkas kerugiannya sementara dolar A.S. memulakan minggu ini dengan prestasi yang lebih lemah.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.36% ke $47.70 setong selepas ia disokong oleh tanda-tanda pengetatan pengeluaran minyak dari A.S. Sebaliknya, harga emas mengukuhkan kedudukannya di $1,290.83 di dalam sesi dagangan Asia yang lebih senyap.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Public Sector Net Borrowing (Jul) | 6.28B | -0.20B | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Aug) | 17.5 | 15.0 | – |
| 18:00 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (Aug) | 10 | 9 | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) | -0.1% | 0.3% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -9.200M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam lingkungan selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.2905. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) akan mencadangkan bias menurun kepada GBPUSD untuk menuju ke tahap sokongan 1.2875.
Tahap rintangan: 1.2905, 1.2940
Tahap sokongan: 1.2875, 1.2845, 1.2810
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun baru-baru ini dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di sasaran 1.1840.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1890
Tahap sokongan: 1.1780, 1.1720
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 108.90. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek dan USDJPY dicadangkan untuk menaik selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 109.50.
Tahap rintangan: 109.50, 110.10, 110.80
Tahap sokongan: 108.90, 108.30
CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara ia telah menutup niaga di bawah tahap sokongan 48.50 baru-baru ini. Garisan 20-MA (merah) yang mula untuk menuju ke bawah mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke paras bawah segi tiga, berhampiran dengan tahap sokongan 47.00.
Tahap rintangan: 48.50, 50.00
Tahap sokongan: 47.00, 45.50
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1292.05. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) akan mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah tahap sokongan 1282.00.
Tahap rintangan: 1292.05, 1300.00
Tahap sokongan: 1282.00, 1271.90