83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 September 2017                           Analisis Harian

 

Dolar A.S. susut walaupun data ekonomi memberangsangkan.

Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia menurun sebanyak 0.27% ke 91.80 semasa penulisan. Dollar-bulls telah gagal untuk mengekalkan keuntungan seawalnya selepas keputusan Bank Pusat A.S. (Fed). walaupun data ekonomi mengenai sektor pembuatan dan pasaran buruh adalah lebih positif. Indeks sektor pembuatan bagi bulan Ogos telah meningkat ke paras tinggi tiga bulan dari 18.9 ke 23.8. Tambahan pula, tuntutan pengangguran bagi minggu lalu telah susut sebanyak 23,000 ke paras 259,000, lebih baik daripada jangkaan untuk menurun sebanyak 18,000. Merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan bagi kenaikan kadar pada bulan Disember adalah masih optimistik di sekitar 70%. Dari laporan dot-plot yang telah dilepaskan, Fed memberi isyarat bahawa mereka bakal meningkatkan kadar faedah ke lingkungan 1.25% – 1.5% menjelang akhir tahun nanti. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, USD/JPY susut sebanyak 0.31% ke 112.13, GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% ke 1.3586, AUD/USD menurun sebanyak 0.16% ke 0.7918 sementara NZD/USD menjunam sebanyak 0.22% ke 0.7291.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.12% ke 50.57 sementara para pelabur menunggu isyarat selanjutnya dari mesyuarat OPEC mengenai lanjutan pelan pembekuan pada hari ini. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.39% ke 1295.65 berikutan dengan kelemahan pada dolar A.S.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

17:30                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

18:00                     USD                                        FOMC Member Williams Speak

21:30                     USD                                        FOMC Member George Speaks

01:30                     USD                                        FOMC Member Kaplan Speaks

Tentative                GBP                                        UK Prime Minister May Speaks

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Sep) 59.3 59.0
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Aug) -0.1%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM)(Jul) 0.7% 0.4%
21:45 USD – Manufacturing PMI (Sep) 52.8 53.0
21:45 USD – Markit Composite PMI 55.3
21:45 USD – Services PMI (Sep) 56.0 56.0
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 749

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara berayun di dalam lingkungan yang ketat diantara 1.3618 dan 1.3450. Garisan isyarat MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3618.

 

Tahap rintangan: 1.3615, 1.3810

Tahap sokongan: 1.3450, 1.3250

 

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1870. Isyarat positive divergence yang dipaparkan oleh MACD histogram mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan 1.1985.

 

Tahap rintangan: 1.1985, 1.2070

Tahap sokongan: 1.1870, 1.1820

 


 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 112.70. Pembentukan isyarat negative divergence dari MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 111.45.

 

Tahap rintangan: 112.70, 112.90

Tahap sokongan: 111.45, 110.70

 


CrudeOIL

Crude OIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang secara berayun di dalam lingkungan 51.10 dan 50.00 sementara MACD histogram tidak memaparkan isyarat yang ketara. Harga minyak dicadangkan untuk memberi isyarat arah aliran yang selanjutnya selepas ia memecah keluar dari salah satu sisinya.

 

Tahap rintangan: 51.10, 51.90

Tahap sokongan: 50.00, 49.15

 


 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1289.80. Pembentukan positive divergence dari MACD histogram mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1299.05.

 

Tahap rintangan: 1299.05, 1321.35

Tahap sokongan: 1289.80, 1281.05