22 Oktober 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran senyap sementara menunggu isyarat terkini.
Pound sterling masih berlegar berdekatan dengan paras tinggi 5 bulan sementara para pelabur menunggu sambil memantau keadaan terkini mengenai Brexit. Pada semalam, sterling menerima tekanan bearish selepas Speaker bagi House of Commons John Bercow mengulas bahawa mereka tidak akan mengadakan undian kali kedua ke atas perjanjian Brexit oleh kerana ia adalah “berulang”. Walaubagaimanapun, sentimen pasaran telah meningkat kembali selepas pemimpin House of Commons Rees-Mogg mengumumkan bahawa pembacaan kali kedua ke atas perjanjian tersebut akan diadakan pada hari ini yang mungkin mendorong kepada undian di dalam parlimen. Di rantau yang lain, indeks dolar telah didagang secara tipis sementara para pelabur memantau perkembangan terkini mengenai perang perdagangan. Penasihat ekonomi White House Larry Kudlow mengulas bahawa tarif yang dijadualkan pada bulan Disember akan dimansuhkan sekiranya rundingan perdagangan diantara AS dan China berjalan dengan lancar. Komen beliau telah diberikan selepas Naib Perdana Menteri China Liu He mengulas bahawa “kemajuan yang positif” telah dibuat dan beliau berpendapat bahawa penyelesaian ke atas perang perdagangan akan memberi manfaat yang positif kepada AS dan China. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.06% ke 1.2965 sementara indeks dolar menokok sebanyak 0.04% ke 96.99.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.17% ke $53.38 setong. Harga minyak masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai perang perdagangan dan data inventori AS. Sementara itu, harga emas didagang secara tipis berdekatan $1,484.36 se troy auns sementara para pelabur memantau perkembangan terkini mengenai rundingan perdagangan serta Brexit.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari JPY Jepun – Cuti umum
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | -0.1% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 5.49M | 5.45M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap di 97.15. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 96.70.
Tahap rintangan: 97.15, 97.60
Tahap sokongan: 96.70, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.3035. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2950.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2950, 1.2820

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1145. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1180, 1.1205
Tahap sokongan: 1.1145, 1.1085

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 108.75, 109.30
Tahap sokongan: 108.45, 108.10

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6910.
Tahap rintangan: 0.6910, 0.6980
Tahap sokongan: 0.6815, 0.6750

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6410, 0.6425
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6340

USDCAD, Weekly: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.3285. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2860

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.9865.
Tahap rintangan: 0.9865, 0.9925
Tahap sokongan: 0.9820, 0.9775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 54.45, 55.55
Tahap sokongan: 53.00, 51.60

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1484.05.
Tahap rintangan: 1496.00, 1511.00
Tahap sokongan: 1484.05, 1477.00