83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Oktober 2019                                Analisis Sesi Petang

Mampukah China dan AS mencapai persetujuan?

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama didagang dengan rata meskipun Presiden AS Donald Trump memuji bahawa perbincangan perdagangan dengan China berjalan lancar. Baru-baru ini, Trump mendedahkan bahawa beliau berharap perjanjian fasa pertama dapat dicapai dengan secepat mungkin kerana AS dan China telah meletakkan banyak usaha untuk menamatkan isu perdagangan dan ia telah menjejaskan kedua-dua ekonomi selama lebih daripada 1 tahun. Selepas perbincangan dengan China, wakil perdagangan Amerika Syarikat iaitu Robert Lighthizer menambah bahawa mereka berharap dapat menyelesaikan perjanjian frasa pertama dan mencapai persetujuan semasa mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Chile pada 16 dan 17 November. Selain itu, ia juga harus diberikan perhation mengenai AS sebenarnya boleh menarik balik rancangan untuk mengenakan tarif 15% ke atas barangan teknologi yang import dari China, termasuk telefon bimbit dan komputer riba jika rundingan berjalan dengan lancar, dikatakan oleh penasihat ekonomi White House Larry Kudlow. Sebaliknya, pasangan EUR/USD kekal didagang pada tahap 1.1150 sementara para pelabur sedang menunggu mesyuarat ECB pada Khamis ini. Selepas ECB melancarkan langkah-langkah rangsangan pada bulan September termasuk memulakan semula program pembelian bon dan penurunan kadar faedah, pasaran kini akan memberikan tumpuan kepada langkah seterusnya dalam dasar monetari ECB, sama ada ECB akan terus melonggarkan dasar monetari mereka untuk menyokong lagi ekonomi mereka ataupun tidak. Semasa penulisan, indeks dolar turun selebih 0.04% ke 96.95 manakala pasangan EUR/USD menaik sebanyak 0.03% kepada 1.1150.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.30% ke $53.30 setong susulan dengan data China yang lemah baru-baru ini terus menimbang terhadap komoditi ini sementara pelabur menumpukan kepada perkembangan perbincangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat. Sebaliknya, harga emas jatuh 0.02% ke $1484.00 setroy auns oleh kerana sentimen risiko pasaran masih kabur.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    JPY                                          Jepun – Cuti umum

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) -0.1% 0.1%
22:00 USD – Existing Home Sales (Sep) 5.49M 5.45M


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 97.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut akan mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.45

Tahap sokongan: 96.45, 96.05

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3305

Tahap sokongan: 1.2915, 1.2745

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1185. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1125.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1125, 1.1075

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 108.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.90, 109.75

Tahap sokongan: 107.75, 106.95

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6880. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6845, 0.6805

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6385. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6445, 0.6495

Tahap sokongan: 0.6385, 0.6340

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3075. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3205

Tahap sokongan: 1.3075, 1.3020

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9850. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9905.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940

Tahap sokongan: 0.9850, 0.9805

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 53.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan harga komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 53.55, 54.25

Tahap sokongan: 52.90, 52.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1481.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1490.65, 1498.25

Tahap sokongan: 1481.80, 1474.40