83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 November 2022                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak pada penghindaran risiko di pasaran.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya mendapatkan semula kilauannya di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pasaran. Baru-baru ini, masalah besar yang sedang dihadapi oleh China adalah kebangkitan semula kes Covid-19. Sentimen risiko global terjejas berikutan peningkatan kes Covid-19 di China, kerana beberapa bandar utama seperti Beijing, telah melaksanakan separa berkurung untuk mengekang penularan virus. Selain itu, daerah lain di China termasuk Chaoyang, Dongcheng, Changping dan sebagainya turut memberi amaran kepada penduduk untuk tinggal di rumah dan mengurangkan aktiviti merentas daerah. Kebangkitan semula kes Covid-19 telah menimbulkan keraguan terhadap harapan bahawa kerajaan dapat melonggarkan sekatannya tidak lama lagi, prospek pemulihan ekonomi terus diselubungi dengan ketidakpastian. Dengan latar belakang sebegitu, pelabur berasa pesimis terhadap mata wang berisiko dan mengalihkan modal mereka ke arah mata wang selamat seperti indeks dolar. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.82% ke 107.80.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.50% ke $80.20 setong apabila Arab Saudi menafikan rancangan mengenai kenaikan pengeluaran minyak. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.75% kepada $1737.85 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) 0.7% -0.6%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 107.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.35, 109.00

Tahap sokongan: 104.85, 101.30

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1820. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.2000, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1820, 1.1635

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0255. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0365, 1.0475

Tahap sokongan: 1.0255, 1.0130

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 141.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 141.75, 144.70

Tahap sokongan: 138.90, 136.45

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6640. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6860

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6105. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6170, 0.6240

Tahap sokongan: 0.6105, 0.6025

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3505. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3600

Tahap sokongan: 1.3400, 1.3265

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9530. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9625.

 

 

Tahap rintangan: 0.9625,0.9745

Tahap sokongan: 0.9530, 0.9405

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 80.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 80.45, 82.90

Tahap sokongan: 79.15, 77.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1766.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1726.15.

 

Tahap rintangan: 1766.50, 1805.90

Tahap sokongan: 1726.15, 1693.35