83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menyusut susulan dengan data perumahan yang suram.

Indeks dolar telah menyusut dalam nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan pembebasan data Existing Home Sales AS yang suram pada semalam. Menurut kepada National Association of Realtors, data tersebut telah menurun ke 4.99M, tersasar daripada ramalan ekonomis sebanyak 5.25M. Data tersebut telah memaparkan penyusutan dalam ekonomi AS diikuti dengan peningkatan dalam kadar pinjaman perumahan dan juga kekurangan buruh. Selain itu, ketidakpastian terhadap perang perdagangan antara China dan AS masih menghantui pasaran di mana perang yang tidak dapat diselesaikan berkemungkinan untuk memburukkan lagi sentimen terhadap pasaran. Dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 95.75 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan NZD/USD telah meningkat sebanyak 0.19% ke 0.6762 semasa penulisan susulan dengan data CPI yang baik. Menurut kepada Statistics New Zealand, CPI bagi suku keempat memberi bacaan sebanyak 1.9%, melebihi jangkaannya sebanyak 1.8%. Data tersebut telah memaparkan ekonomi yang mantap dan berkembang di New Zealand serta meningkatkan permintaan terhadap mata wang tersebut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.11% ke $52.79 setong semasa penulisan. Namun, sentimen terhadap pasaran minyak berkekal suram akibat dengan pertumbuhan ekonomi China yang makin merosot dan kebimbangan penyusutan pertumbuhan global. Harga komoditi tersebut telah ditekan oleh data China yang menunjukkan penyusutan dalam kadar pertumbuhan ekonomi mereka. Tambahan pula, ketegangan perang perdagangan antara AS dan China turut memburukkan sentimen pasaran dan para pelabur menjangka permintaan terhadap minyak bakal dikurangkan. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada data inventori minyak untuk menentukan hala aliran bagi minyak. Di samping itu, harga emas telah menaik sebanyak 0.05% ke $1284.75 akibat kelemahan dolar yang meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
19:00 GBP – CBI Industrial Trends Orders 8 5
21:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) 0.0% -0.4%
21.30 CAD – Retail Sales (MoM) (Nov) 0.3% -0.6%
05.30 (24hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -0.560M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.00. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 95.60.

 

Tahap rintangan: 96.00, 96.30
Tahap sokongan: 95.60, 95.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2930. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3015.

 

Tahap rintangan: 1.3015, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2930, 1.2815

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 1.1350. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1400.

 

Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1310

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 109.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.90, 110.40

Tahap sokongan: 109.25, 108.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 0.7100. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7170.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7220

Tahap sokongan: 0.7100, 0.7030

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6780. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6625

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3325. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3420, 1.3500

Tahap sokongan: 1.3325, 1.3245

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam paras tengah saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke paras rendah saluran sisi dan juga tahap sokongan di 0.9950.

 

Tahap rintangan: 0.9995, 1.0030
Tahap sokongan: 0.9950, 0.9905

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 52.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 53.90.

 

Tahap rintangan: 53.90, 55.00

Tahap sokongan: 52.70, 51.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1280.00 dan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1288.00.

 

Tahap rintangan: 1288.00, 1295.00

Tahap sokongan: 1280.00, 1272.00