83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mei 2017                        Analisis Harian

Merkel: “Euro terlalu lemah!”

                Euro berlegar berhampiran dengan paras tinggi enam bulan berbanding dengan rakan sejawatnya dari A.S. pada hari Selasa selepas Canselor Jerman Angela Merkel mengulas bahawa mata wang tersebut terlalu lemah. Pasangan EUR/USD kekal stabil di sekitar $1.1241 semasa penulisan. Merkel menyatakan bahawa mata wang yang lemah ini adalah berikutan dengan dasar kewangan yang digunakan oleh Bank Pusat Eropah dan ia telah menjelaskan surplus dagangan yang tinggi di negara Jerman. Kenyataan dari Canselor tersebut telah membangkitkan momentum pada Euro yang telah berada di dalam aliran menaik sejak pilihan raya Perancis pada awal bulan ini. “Walaupun risiko politik di Perancis telah menyusut dan spekulasi peralihan dasar ECB telah meningkatkan kekukuhan pada mata wang Euro, faktor utama yang mendorong kepada kenaikannya adalah kelemahan yang lebih meluas pada dolar A.S. akibat daripada saga Trump-Rusia,” kata Junichi Ishikawa, ahli strategi dari Tokyo. Selain itu, indeks dolar susut sebanyak 0.03% ke 96.79, berhampiran dengan paras rendah enam bulan di 96.65. Dolar A.S. telah menerima tekanan menjual yang lebih tinggi selepas ketidaktentuan politik di A.S. berkemungkinan untuk menghalang keupayaan Bank Pusat A.S. untuk meningkatkan kadar faedah mereka di dalam tahun ini.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah berpegang teguh kepada keuntungannya berdekatan dengan $51.10 berikutan dengan prospek yang lebih tinggi bagi lanjutan pelan pemotongan pengeluaran harian yang diketuai oleh OPEC sehingga ke Mac tahun depan. Walaubagaimanapun, momentum menaiknya masih kekal tipis selepas penganalisis mengulas bahawa kelembapan ekonomi boleh mengaburi prospek untuk jangka pertengahan bagi pasaran minyak mentah. Di dalam pasaran emas, harga logam tersebut meningkat sebanyak 0.12% ke $1,262.01 selepas dolar A.S. meneruskan kelemahannya pada pagi ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:00                      GBP                      Inflation Report Hearings

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q1) 0.6% 0.6%
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (May) 58.2 58.0
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (May) 112.9 113.1
16:00 EUR – Manufacturing PMI (May) 56.7 56.5
16:00 EUR – Markit Composite PMI (May) 56.8 56.6
16:00 EUR – Services PMI (May) 56.4 56.4
22:00 USD – New Home Sales (Apr) 621K 610K
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock 0.882M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Pemecahan pada tahap sokongan yang kukuh di 1.2980 akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke paras bawah saluran tersebut selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2980, 1.2925

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan aliran menaiknya selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke atas. Kini, ia sedang menguji di paras tinggi sebelumnya berdekatan dengan 1.1260. Pemecahan dari tahap ini akan mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan yang berikutnya di 1.1345.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1345

Tahap sokongan: 1.1160, 1.1070

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun yang kecil selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkannya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke paras atas saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.55, 112.00

Tahap sokongan: 111.00, 110.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam lingkungan ketat diantara 50.70 dan 51.30 manakala ia telah menutup di bawah garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini. Penutupan tersebut mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke sasaran tahap sokongan di 50.70. Walaubagaimanapun, arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 51.30, 51.80

Tahap sokongan: 50.70, 50.10

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan momentum menaiknya selepas ia melantun dari garisan 20-moving average (merah). Merujuk kepada MACD histogram yang mula memaparkan isyarat menaik, penutupan niaga di atas tahap rintangan yang kukuh di 1264.15 akan mencadangkan lanjutan pada kenaikan harga emas.

 

Tahap rintangan: 1264.15, 1277.85

Tahap sokongan: 1254.50, 1244.85