83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mei 2018                        Analisis Harian

 

Dolar berundur sebelum minit mesyuarat FOMC.

Indeks dolar susut sebanyak 0.08% ke 93.40 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain susulan dengan kekurangan data ekonomi yang penting dari rantau tersebut sementara para pelabur melepaskan posisi dagangan BUY pada dolar sebelum pembebasan minit mesyuarat FOMC pada 2 pagi esok (waktu Malaysia). Walaubagaimanapun, para pelabur masih memberikan sentimen yang optimistik terhadap Bank Pusat AS (Fed) untuk mengetatkan dasar kewangan mereka di dalam beberapa mesyuarat yang akan datang berikutan dengan peningkatan kadar hasil bon persekutuan serta pertumbuhan ekonomi yang masih mantap apabila merujuk kepada data ekonomi semasa. Sebaliknya, mata wang Euro mengalami kerugian sebanyak 0.16% ke $1.1780 berbanding dengan dolar AS berikutan dengan risiko politik di Itali dan perkembangan ekonomi yang suram di seluruh zon Eropah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah berundur dari paras tinggi 3 tahun setengahnya selepas ia menyusut sebanyak 0.24% ke $72.00 setong. Momentum tersebut telah dipacu selepas OPEC mengumumkan untuk meningkatkan pembekalan minyak mereka pada bulan depan selepas meluahkan kebimbangan ke atas sekatan antarabangsa yang bakal dikenakan ke atas Iran serta masalah pembekalan dari Venezuela. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.14% ke $1,292.80 se troy auns selepas dolar AS mengalami tekanan untuk menurun.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00 (Thu)           USD                       FOMC Meeting Minutes

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (May) 58.1 57.8
16:00 EUR – Manufacturing PMI (May) 56.2 56.0
16:00 EUR – Markit Composite PMI (May) 55.1 55.0
16:00 EUR – Services PMI (May) 54.7 54.7
16:30 GBP – CPI (YoY) (Apr) 2.5% 2.5%
22:00 USD – New Home Sales (Apr) 694K 679K
21:45 USD – Manufacturing PMI (May) 56.5 56.5
21:45 USD – Markit Composite PMI (May) 54.9
22:00 USD – Services PMI (May) 54.6 54.9
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.404M -0.763M
22:30 CrudeOIL – Gasoline Inventories -3.790M -1.421M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.3450. Garisan isyarat MACD yang memaparkan kelemahan menaik memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah garisan trend pada segi tiga menaik.

 

Tahap rintangan: 1.3450, 1.3510

Tahap sokongan: 1.3400, 1.3330

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.1830. Garisan isyarat MACD yang mendekati dengan pembentukan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya menutup lilin di bawah paras Fibonacci 38.2.

 

Tahap rintangan: 1.1780, 1.1830

Tahap sokongan: 1.1740, 1.1680

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 111.00. Garisan isyarat MACD yang memaparkan momentum menurun yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 110.40.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.40

Tahap sokongan: 110.40, 110.00

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 72.20. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 71.70.

 

Tahap rintangan: 72.20, 72.80

Tahap sokongan: 71.70, 71.20

 


 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1295.20. Garisan isyarat MACD yang mendekati dengan pembentukan silang kematian memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya menutup di bawah paras terendah sebelum tersebut.

 

Tahap rintangan: 1295.20, 1300.40

Tahap sokongan: 1285.30, 1275.90