83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mei 2019                        Analisis Sesi Pagi

 

Brexit mencapai kebuntuan.

Pound sterling telah melanjutkan aliran menurunnya pada hari Rabu susulan dengan pergolakan politik di UK yang menyelubungi PM UK Theresa May. Terdahulu, May telah mengemukakan versi perjanjian Brexit yang baru kepada Parlimen dan ia merangkumi syarat untuk mengadakan referendum kali kedua. Beberapa ahli dari parti Konservatif dan pembangkang memberikan bantahan mereka ke atas versi baru tersebut sambil menekan May untuk meletakkan jawatan beliau secepat yang mungkin. Tambahan pula, salah satu ahli kabinet senior telah meletakkan jawatannya sambil menegaskan bahawa May telah gagal untuk membawa perjanjian yang optimis dalam membawa UK untuk berundur keluar dari zon Eropah. Sementara itu, dolar AS menerima sokongan menaik bagi hari ketiga sementara para pelabur menilai sentimen neutral yang disampaikan di dalam minit mesyuarat Bank Pusat AS (Fed). Beberapa ahli Fed menyokong pandangan Jerome Powell bahawa penyusutan kadar inflasi baru-baru ini adalah transisi jangka pendek dan mereka harus mengambil langkah yang berhemah ketika menentukan dasar kewangan semasa. Minit tersebut telah mengesahkan isyarat dari Powell sebelum ini bahawa kadar inflasi adalah sejajar dengan keadaan semasa dan ia tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk melakukan sebarang perubahan. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.03% ke 1.2664 sementara indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 97.90.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.08% ke $61.23 setong. Pada semalam, harga minyak menjunam lebih daripada 3% selepas EIA Crude Oil Inventories memaparkan peningkatan sebanyak 5 juta tong pada stoknya untuk minggu lepas. Sementara itu, harga emas didagang secara berayun berhampiran dengan $1,274.03 se troy auns susulan dengan sentimen pasaran yang bercampuran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                      ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q1) 0.4% 0.4%
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (May) 44.4 44.8
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index 99.2 99.2
20:30 USD – Initial Jobless Claims 212K 215K
22:00 USD – New Home Sales (Apr) 692K 675K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 97.95.

 

Tahap rintangan: 97.95, 98.60

Tahap sokongan: 97.65, 97.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2700. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.2630.

 

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2790

Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1150. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.1150.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1220

Tahap sokongan: 1.1150, 1.1100

 

USDJPY, H1: USDJPY telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 110.10.

 

Tahap rintangan: 110.55, 111.00

Tahap sokongan: 110.10, 109.80

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6885. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6830.

 

Tahap rintangan: 0.6885, 0.6915

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6840

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawahnya.

 

Tahap rintangan: 0.6500, 0.6540

Tahap sokongan: 0.6450, 0.6420

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1370. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490

Tahap sokongan: 1.3400, 1.3370

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0080. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas penutupan niaga berlaku di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.0110, 1.0155

Tahap sokongan: 1.0080, 1.0055

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 61.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 62.50, 63.70

Tahap sokongan: 61.00, 59.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1275.30. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1269.10.

 

Tahap rintangan: 1275.30, 1280.00

Tahap sokongan: 1269.10, 1253.30