23 Jun 2017 Analisis Harian
Momentum dagangan tipis, fokus pada pengatur perbankan China.
Dolar A.S. didagang dengan tidak berubah pada awal sesi dagangan Asia pada Jumaat ini selepas para pelabur menunggu akan data petunjuk inflasi dari A.S. yang bakal dilepaskan pada minggu depan. Indeks dolar disebut niaga berdekatan dengan 97.22 berbanding dengan mata wang utama yang lain. “Walaupun pasaran kewangan mampu menjana insentif dari kenyataan Bank Pusat A.S. pada minggu lalu, namun dolar tidak mempunyai pergerakan yang lebih besar di dalam minggu ini akibat daripada kekurangan petunjuk utama dan acara politik,” kata Shin Kadota, ahli strategi dari Tokyo. “Walaubagaimanapun, data inflasi akan menjadi tema utama yang bakal memberikan pergerakan kepada mata wang pada minggu depan. Data tersebut akan menjadi fokus oleh kerana kejatuhan pada harga minyak di dalam minggu ini telah menyelubungi prospek inflasi di A.S.” Di samping itu, para pelabur juga akan mengawasi negara China selepas beberapa syarikat mengambil pinjaman yang tinggi untuk membeli aset di luar negara berada di bawah siasatan pengawal bank negara tersebut. Laporan dari semalam menyatakan bahawa pengatur perbankan China telah meminta pemberi pinjaman untuk memeriksa profil risiko kredit selepas beberapa syarikat tersebut meminjam dolar A.S. dengan banyak untuk membeli aset di luar negara. Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak mempunyai butiran yang teliti dan oleh itu ia tidak memberikan tahap pendedahan yang tinggi. Apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain, euro menurun sebanyak 0.03% ke $1.1149 manakala USD/JPY menokok sebanyak 0.04% ke 111.38.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melambung sebanyak 0.33% ke $42.88 manakala para pelabur akan melihat kepada data pelantar minyak A.S. bagi memantau jika kejatuhan harga minyak baru-baru ini akan menyebabkan pelan penggerudian untuk dinilai semula. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.21% ke $1,250.18 selepas permintaannya meningkat akibat daripada para pelabur yang mengurangkan risiko dagangan berikutan dengan laporan mengenai syarikat China yang berada di bawah pengawasan pengawal bank negara.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:15 USD FOMC Member Bullard Speaks
00:40 USD FOMC Member Mester Speaks
02:15 USD FOMC Member Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (June) | 59.5 | 59.0 | – |
20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (May) | 0.0% | – | – |
22:00 | USD – New Home Sales (MoM) (May) | 569K | 597K | – |
01:00 | Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count | 747 | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah menutup niaganya di atas garisan 20-moving average (merah). Ia dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke paras atas saluran tersebut selepas GBPUSD memecahkan tahap rintangan 1.2710.
Tahap rintangan: 1.2710, 1.2800
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2550
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1140. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1190
Tahap sokongan: 1.1140, 1.1100
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di paras atasnya. Kedua-dua garisan MA yang menyempit dan menuju ke arah atas mencadangkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlakunya pemecahan dari paras atas dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya selepas itu.
Tahap rintangan: 111.45, 111.75
Tahap sokongan: 111.10, 110.80
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah melantun dari paras bawah baru-baru ini. Lantunan tersebut mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap rintangan 43.00. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk kekal didagang di dalam saluran menurun melainkan pemecahan berlaku dari salah satu sisinya.
Tahap rintangan: 43.00, 44.20
Tahap sokongan: 42.00, 41.00
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1247.00. Harganya dicadangkan untuk melanjutkan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap Fibonacci 23.6 di 1253.70.
Tahap rintangan: 1253.70, 1261.75
Tahap sokongan: 1247.00, 1240.65