83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Julai 2019                       Analisis Sesi Petang

 

Dolar meningkat di tengah-tengah jangkaan pemotongan kadar yang lebih kecil.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjut kenaikannya sebanyak 0.19% ke 97.06 di tengah-tengah jangkaan pemotongan kadar secara tidak agresif oleh Bank Pusat AS (Fed). Baru-baru ini, ahli-ahli FOMC Richard Clarida dan John Williams telah menegaskan bahawa Fed sepatutnya mengambil tindakan terhadap dasar kewangan mereka sekiranya ekonomi makin menyusut dan bukannya menunggu sehingga ekonomi mengalami kemerosotan. Namun, kenyataan yang diberikan oleh beliau baru-baru ini adalah dari aspek penjelasan teoretikal dan bukannya sebarang isyarat pelan dasar kewangan. Komen tersebut telah mengurangkan jangkaan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas bagi jangka yang terdekat. Tambahan pula, Clarida juga menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi AS adalah lebih ketara semasa berbanding dengan ekonomi negara lain namun isu penyusutan pertumbuhan ekonomi global masih berlegar di dalam pasaran. Para pelabur kini akan menunggu isyarat pasaran yang lebih lanjut seperti data perumahan AS bagi menjangkakan keputusan dasar Fed. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah menjunam sebanyak 0.41% ke 0.6728 semasa penulisan berikutan dengan komen daripada Bank Pusat New Zealand (RBNZ) mengenai dasar kewangan mereka. RBNZ telah menyatakan bahawa negaranya adalah lebih terbuka kepada rangsangan dasar kewangan secara tidak konvensional yang mengisyaratkan kemungkinannya kelonggaran dasar kewangan. Tambahan pula, ketegangan perang perdagangan AS-China telah memberi tekanan kepada mata wang Kiwi selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk menambah tarif ke atas $325 bilion barangan China akibat daripada kemungkiran janji China untuk membeli barangan pertanian AS.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang secara rata berdekatan paras $56.22 setong di tengah-tengah isyarat yang bercampuran di dalam pasaran. Kebimbangan penjejasan pembekalan minyak akibat daripada ketegangan di Timur Tengah diantara Iran dan AS telah memberi sokongan menaik kepada harga minyak. Namun, jangkaan penyusutan pertumbuhan global yang bakal menjejaskan permintaan minyak telah memberi tekanan menurun bagi minyak. Selain itu, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.52% ke $1423.99 se troy auns berikutan dengan penyusutan jangkaan pemotongan kadar secara agresif oleh Fed.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Existing Home Sales (Jun) 5.34M 5.35M
04:30

(24hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -1.401M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 97.10. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.10, 97.55
Tahap sokongan: 96.70, 95.30


 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1.2440. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2510, 1.2595
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2375

 

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.1185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1235, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1185, 1.1145


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 108.15. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.15, 108.60
Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7035. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7065

Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6720. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6650


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3105. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3160.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3105, 1.3040

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9840. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9895
Tahap sokongan: 0.9800, 0.9750


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 56.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 57.85, 59.25
Tahap sokongan: 56.00, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1421.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1403.15.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1403.15, 1386.35